Monday, January 22, 2007

SURPRISE
23 Januari 2007
Pagi tadi aku call kawan baik suamiku yang dah dekat 5 tahun dia tak jumpa. Aku bagitau dia yang aku dah hantar e-mail ke address yang dia bagi bersama dengan gambar suami aku yang dia minta. Aku tak tau la dia nak buat apa ngan gambar tu, aku rasa dia nak buat lukisan gambar suami aku agaknya...maklumlah...kartunis...kalau tak bagi hadiah, setakat lukisan tu pejam mata je dia boleh lukis dan jadikan hadiah yang cukup bermakna ye tak. Lain le kita, agaknye nak melukis ranting pokok pon terkial-terkial.
Ini kali kedua aku berpeluang bersembang dengan kawan suami aku si kartunis ni. Bukan apa, bila aku berbual kosong ngan suami aku, mesti ada saja cerita yang diselitkan tentang kawan baik dia ni. Jadi, terlintas jugak kat kotak fikiran aku ni "mungkin suami aku ni dah terlalu rindu dengan kawan dia, kalau aku temukan mereka mungkin akan terubat jugak rindunye"....Jadi disebabkan itulah..sempena Hari Lahir dia pada Februari ni, aku beranikan diri dan call kartunis tersebut di ofis dia. Mulanya, dia terkejut sebab tak kenal ngan aku, tapi bila aku beritau apa hajat dan tujuan aku call barulah dia faham dan dia sendiri tak sabar-sabar nak jumpa.
Oleh sebab Februari, kartunis ni dijadualkan ke Johor, jadi aku ambik keputusan untuk jumpa bersemuka pada 9 Februari ni, sempena Hari Jadi Amirah...anak aku yang bongsu..(setakat ini..hehehe). Bukan ape, nak celebrate Birthday dua orang penting dalam keluarga aku pada hari-hari yang berasingan aku tak brape nak mampu, jadi sekalikan je le..lagi senang. Nak tiup-tiup lilin pon, laki aku ni bukannye bangsa suka makan kek. Jadi kalau aku beli, boleh anak aku yang perabih kan...bijak tak aku..hehehe.
Tempat??...masih belum confirm lagi...tapi aku bagitau ngan kartunis tu, aku akan inform dia secepat mungkin. Perkara yang paling aku takut sekarang ialah..aku takut terbocor rahsia ngan laki aku. Maklum laa...nak buat SURPRISE ni banyak risikonye...aku takut terlepas cakap je.
Apa-apapun...kita tunggu masa yang telah ditentukan.

Sunday, January 14, 2007

AZAM TAHUN BARU
15 Januari 2007

Aku rasa tak de apa yang istimewa yang kira 'grand' le nak dikongsi pasal azam tahun baru ni. Cumanya ingat kalau diizinkan Allah, aku nak melunaskan hutang puasa aku dan benda-benda yang sepatutnya aku qada (solat fardhu dll).. Mak cakap kalau satu hari boleh buat qada solat fardhu untuk semua waktu tu dah kira bersyukur dah. Insya Allah makk..anak mak ini akan mulakan juga secara beransur-ansur. Bukan le nak kata aku ni baik..tapi sekadar mengingatkan diri sendiri,,apa salah nye kan.

Kedua, kalau diizinkan Allah juga, aku nak cuba lunaskan hutang Rosli dengan KOKITA (office club membership). Kesian dia, dan kesian aku...ini semua sebab kes the company fired him last 2 months. Kes kononnya dia terlibat dengan penipuan wang subsidi perumahan. Padahal dia memang terang-terang mengaku tidak bersalah dan pesalah telahpun memberi pengakuan yang dia tidak terlibat dengan penipuan tu. Tapi ye lah...kuasa Allah, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Cuma aku sedih laa..cara dia diberi tindakan. Terlalu drastik sedangkan kes sebelum ni, (orang lain la yang buat ni) iaitu secara terang-terangan kakitangan lain ponteng kerja dan pegi main bowling hanya dikenakan hukuman gantung kerja selama 2 minggu sahaja.

Pada aku hukuman buang kerja ni tak adil laa bagi pihak kami. Tapi aku percaya pada qada dan qadar Allah Taala. Lambat laun, kebenaran akan diketahui. Yang pasti, pihak KESKA (Union kami) berpihak kepada hubby aku. 19/1 ni adalah panggilan kali pertama hubby aku ke court perhubungan perusahaan di Shah Alam untuk 'case hearing'. Insya Allah..aku mohon kepada Allah agar kami diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi semua ini. Satu aku harapkan supaya orang sekeliling tidak memandang kami dengan pandangan serong sedangkan kami langsung tidak terlibat. Salah hubby aku cuma satu,..terlalu percayakan kawan.

Kalau orang yang tak kenal dia, orang takkan percaya bagaimana dia boleh berkawan baik dengan si 'pesalah laku' ni. Semua orang...pembetulan...ramai orang terkejut bila nama suami aku dikaitkan dengan kes hamba Allah yang sorang ni. Masalahnye...mereka tak tau..suami aku yang tersayang ini telah banyak terhutang budi dan telah banyak bersusah payah bersama dengan Hamba Allah ini. Jadi tidak timbul soal dia dikhianati kerana pesalah laku tu masih lagi berkawan dengan dia dan masih lagi berhubung antara satu sama lain. Pada aku, suami aku ni menjadi mangsa keadaan. Dan pengalaman dan pengajaran yang paling penting ialah...JANGAN SESEKALI BERI NO AKAUN BANK KITA KEPADA SESIAPA WALAU UNTUK TUJUAN APA SEKALI PUN..

Banyak betul yang terjadi pada aku dan keluarga aku keseluruhannya pada tahun yang baru saja kita tinggalkan ni...Anak-anak saudara yang baru sahaja habis exam UPSR dan UPMR, Pelamin Angan Adikku Musnah, kes hubby aku dan memacam lagi lah..so aku mohon pada Allah, supaya tahun ni..jangan ada kejutan yang drastik. Aku mohon sesangat supaya kami menang dalam kes supaya kami boleh memulakan hidup baru, tidak lagi dibebani dengan perasaan sedih dan resah. Ya Allah..perkenankanlah permintaan hambamu yang hina dan kecil sekecil hama ini yang Allah...Amin.