Sunday, September 24, 2006

PERCUTIAN WAKTU ORANG SEMUA PEGI KERJA
25 September 2006 (Isnin), 9:35 pagi.

Rasanya dah berbulan aku tak tulis apa-apa dalam blog aku ni..bukan ape...kebanyakan masa habis sebab banyak kerja...dan ala-ala kemalasan tu datang menjenguk...jadi tak blog in le dalam raschiedindahouse ni. Hari ni..rasa macam semangat 'Hang Tuah' tu datang kan..jadik..rajin le sket...I'm actually in the office right now...doing the everyday routine of a normal personal assistant to GM do. Setakat pagi ni takde la benda-benda yang segera nak dibuat...tapi kerja memang laa..tak habis-habis...ape taknye...aku paling tak suka buat filing...tapi itu le kerja yang aku tangguh kan dari semenjak tahun lepas ....heheheh...jangan bos aku dapat tangkap dah le.

Hari ni adalah hari kedua umat Islam mula berpuasa di bulan Ramadhan ni. Setakatni..alhamdulillah..semuanya okey. Semalam my loving hubby sakit kepala...maklumlah kes puasa setahun sekali le ni..asik tido je..kije dia..naik nyampah lak aku. Nasibla anak-anakku (Dina dan Mira) ada..jadi terubat gak la hati aku tengok keletah diaorang tu. By the way..semalam buka puasa makan nasik je..tapi lauk Ikan Kerapu masak pedas...heheh...masak sendiri tau..sayur plak..sayur pucuk manis masak lemak putih. Laki aku ajar, kalau nak harum..masukkan daun kunyit dalam masakan tu...ternyata memang betul sokmo...hehehe. Biasa laa..bab masak-memasak ni..aku tak leh celen dia...dia lagi tera dari aku...on certain account je la kan...(Aku pon pandai masak gak...cuma tak macam mak aku je!).

Kalau aku cakap tak ok pon..sapa yang boleh tolong...(ha..ha..ha)..takde, begini ceritanya...sebenarnya dalam bulan Syaaban lepas,..aku dah cuba sedaya upaya untuk menggantikan puasa aku yang aku hutang pada Allah. Tapi..nampak gayanya kena bayo fidyah lagi aku ni..pasal tak mampu nak habiskan puasa qada yang dah berusia tiga tahun tu. Sebenonya puasa tu aku hutang pasal aku lahirkan anak aku yang pertama...

Tulah..mak dah cakap..jangan suka bertangguh...kan dah kena batang idung sendiri. Mau tak mau..tahun ni...hubby aku kena pegi beli beras lagi dan niat bayar fidyah kpd anak yatim. Puasa yang aku hutang tu..aku tetap akan ganti InsyaAllah...

So..enough about my puasa...minggu kedua bulan September aritu (12-15/9) kami sekeluarga berpeluang bercuti dan destinasi kami adalah ke Terengganu dan Genting. Sebenarnya bukan percutian pilihan pon...sebabnya..kedua2 accommodation, Rosli (my loving hubby) dapat percuma sebab attend talk-cum-marketing strategy dari dua agensi pelancongan yang berbeza. Yg. pertama dari pegawai pemasaran dari Hotel Palace of the Golden Horses...percutian yang dapat ialah di Genting..Ria Apartment selama 3 hari/2 malam. Yg. kedua dari Ascot Travel & Tours..percutian 2hari/1 malam di Qurata Riverside Resort, Terengganu (sebenarnya dapat di Batu Burok Beach Resort, sekali dah penuh la plak, jadi dia tukarkan ke Qurata..takleh nak cakap ape laa...sebab free je). All in all...boleh lah..cuma perjalanan tu ambil masa yang banyak...berjam-jam dalam kereta...sungguh memenatkan..dicampur pulak entah berapa banyak kali berenti...anak lapar la..bapak lapar laa..anak nak susu la, nak kencing laa..salin pampers laa...perjalanan yang boleh sampai dalam 4-5 jam dah jadi 7-8 jam. Nak marah pon..anak sendiri...lagipon 'dema' bukannya paham. Buat buang masa aku je nak marah-marah ni.
Perjalanan kami bermula ke Terengganu pd 12/9..itupon dah ala-ala lambat la jugak!..keluar dari rumah jam 10.45...gi makan dulu (breakfast yang tak brape nak break..pasal org. b/fast kol 8-9 pagi..ni dah dekat tengahari baru nak b/fast) kat Salma Restoran kat gumah tu...pastu..gedebak-gedebuk..jam 11.30 baru mula bergerak. Sampai kat H/way ntah kat mana-mana ntah..tapi kat Pahang laa, berenti bawak Dina pegi kencing. Adik plak (Mira) nak susu..pastu salin lampin sekali. Dah siap semua...perjalanan diteruskan. Kami sampai kat Kuala Ibai; tempat bermalam dah pukul 7 lebih. Lepas check-in, ambil kunci, terus ke bilik sambil bawak anak-anak dan beg-beg semua. Aku terus mandikan Dina dan adik..bukan ape..mandikan diorg dulu..waktu tu dah nak Maghrib..nanti kang kalau diaorg. nampak ape-ape, kan ke susah hati aku...sape nak tolong...ni tempat orang woi..mana pulak aku nak cari memalam ni orang nak ngubat lemah semangat.
Lepas Solat Maghrib..kami siap-siap keluar nak cari makan. Tak sempat nak tanya orang pon, jumpa satu tempat makan bawah jambatan tak brape jauh dari Qurata Riverside tu, ada medan Ikan Bakar...service dia ok laaa...tak de la friendly bebeno..yang sedang-sedang saja..tapi..makanan dia...best..mungkin sebab hasil tangkapan dia fresh baru naik dari laut kot...dan yang paling penting...MURAH Giler!!.. Bayangkan aku ngan family makan, nasik putih 3, Sup Sayur utk 2 orang makan, Sotong Bakar, Ikan Pari Bakar, Air Milo, Laichee ngan air buah satu..baru RM25. Ikan dan sotong tu quite besar jugak. Bile aku bagitau laki aku...dia pon terkejut. Macam rerasanye..lain kali boleh datang lagi ke tempat tu...hehehe...kalau sampai lagi laa kot...ntah bebila ntah. FYI...budget utk bercuti ni...bab makan dan entertainment aku yang handle, laki aku handle bab berjalan-jalan, duit tol, duit minyak dan lain-lain miscellaneous.

So, lepas makan tak gi mana pon..hari dah malam...ini bukan kl beb..nak nengok night life..tak de pon. Semua pasaraya dah tutup..jadi kitaorang jalan-jalan je la nengok batu sungai yg. dijadikan arca kat tengah-tengah roundabout, nengok stall-stall keropok lekor dengan nama-nama yang tersendiri, nengok istana Maziah di waktu malam (sebenonye waktu tu aku tak tau pon, itu nama istana tu..sebab ari dah gelap), tengok lampu-lampu jalan yang berwarna-warni...menyanyi ngan anak-anak aku especially Dina laa...yang suka sangat lagu Nurul & Ajai..(tapi sebenonye bukan nyanyi pon...nyanyi version dia laaa....tak ketahuan bijik butir ayatnye ntah..hehehe). Tapi malam ni..Dina buat hal..kena marah ngan babah dia...waktu di medan Ikan Bakar tadi, dia nak berdiri tepi tebing..kalau terjatuh ke sungai..sapa nak jawap...kita cakap baik-baik tak nak dengar..mengamuk-ngamuk nak pegi tepi tebing jugak..bila dia nak pegi..Adik pun gerenti le nak ikut..menangis-nangis tetangah orang ramai...babah dia dah tak tahan, dicubitnye sekali kat perut...melalak sakan laaa..ape lagi..Mama ni jugaklaa yang kena tolong pujuknye. Yang si adik plak..dalam percutian ni saje..ntah berape kali laa kes dia jatuh. Jatuh dalam bilik air la..jatuh dari tempat duduk kereta tergolek ke bawah la.., kakak tolak laa..hai..naik pening kepala aku dibuatnya.
Dalam dok pusing-pusing pekan K.Terengganu tu, aku adala terperasan bilboard/papan iklan kat sini...hehehe..kalau nak ceritakan, rasa gelihati pon ade, kan dekat sini dah sedia maklum dahulunya kawasan PAS kan..cuma dah diterajui semula oleh BN...Ada 2 iklan yang menggelikan hati aku ialah...kalau kat KL/PJ, iklan Digi..liputan Luas tu..yang ada 2 pompuan berpakaian ala-ala santai di tepi pantai tu dah ditukar ke dua wanita berbaju kurung dan bertudung tapi model yang sama. Satu lagi iklan Celcom..kalau yang KL punya version, Maya Karin pakai dinner dress yang very elegant dan menunjukkan susuk tubuh yang menawan...tapi kat sini...Maya Karin pakai baju kurung dan tudung beb. Betapa punya hipokrit laa manusia-manusia ni. Cuma kerana nak melakukan finish product/service, sanggup buat apa saja.
Balik bilik..Rosli dah penat..terus tido..tak solat pon..sebab dah buat jamak tadi waktu Maghrib. Anak-anak??..Standard laa..aku la yg. kena tido kan...tapi understandable laaa..dia dah seharian bawak kereta..yg kita orang lak bantai tido sepanjang perjalanan...hehehe.
Esoknye..Dina terjaga dulu, pastu dia usik si Mira...ape lagi..terkinja-kinja le..melompat atas katil. Tengok jam dah pukul 8 pagi. Pegi mandikan anak-anak pastu aku lak mandi..abang mandi last. Pagi tu, aturcara pegi market, nak shopping la sket, mulanya nak cari makan pagi...tapi sebab tak tau nak ke mana...jadi kitaorang decide pegi b/fast kat pasar je. Aku makan laksam sambil suapkan si Adik...adik ni dia tak kuat pedas..jadi kira ok la dia makan laksam ngan aku. Dina sibuk nak makan sup...jadi babah dia belikan mihun sup utara..laki aku tak tau nak makan apa..last-last dia makan pulut ngan ikan masin, pastu makan ketupat palas 2.
Disebabkan laksam tu tidak dijual seperti di KL...iaitu dengan kuantiti yang banyak..maka aku tak puas makan..dah le berdua..jadi aku tambah makan pulut panggang 2..malangnye..pulut panggang tersebut tak sedap, nasib baik le dua posen satu. Kakak ngan Adik kongsi minum air Milo, abang minum Teh Tarik dan aku minum Kopi O Suam..yang tak brape suam...sebab Panasss!! Lepas habis aktiviti minum pagi, kami pegi jalan-jalan kat pasar, jadi bermula la episod shopping-shopping. Takde shopping ape pon, cuma beli kain batik 2 helai, baju kaftan aku 2 helai...(nasib baik duit yg bawak utk berjalan tak brape banyak, kalau tak aku borong 1 dozen baju kaftan.., nak menggantikan baju-baju yang dah dihukum buat kain buruk kat gumah tu), baju kaftan hijau utk Dina dan biru untuk Amirah, tu pon RM50++ tau. Ini first time diaorang merasa pakai baju kaftan...nampak comel je bila aku sarungkan baju tu kat diaorang untuk test.
Turun kat tangga, jumpa pulak orang jual tanda nama yang boleh gantung kat pintu tu. Beli la pulak + mainan tiup-tiup 2 (Akak ngan Adik la punya idea ni). On the way balik bilik-singgah jap kat stall keropok lekor 007..beli keropok lekor RM2.00, keropok tu diikat dengan kertas surat khabar. Satu ikat tu RM1=15 batang, beli RM2 dah dapat 30 batang. Pastu beli keropok udang 1 peket, keropok ikan 10 peket (singgit sepeket) ngan pencicah, satu utk masakan bakar, satu utk cicah keropok. Balik bilik..kemas barang, waktu utk check-out.
Pukul 12.15, kami semua meneruskan perjalanan ke Genting. Perjalanan jauh camni memang laa penat..tapi nak buat camna...nak tunggu orang bagi cuti free camni ntah bila-bila lagi...jadi ada peluangni, walaupun duitnye tak banyak...pegi le gak..lagipon aku memang seumur hidup tak pernah menjejakkan kaki ke Genting...dan itulah tempat yang seboleh-bolehnya aku haramkan kaki aku pijak...tapi oleh kerana perasaan ingin tahu dan ada kesempatan...aku pegi le jugak ngan famili aku...Call me old fashion or whatever....tapi tempat yang sangat menyumbang kepada perjudian macam ni memang la "TAK SESUAI" benar ngan jiwa raga akuni...walaupun kita pergi tu atas urusan nak berehat, bergembira dan menggembirakan anak-anak.
Sampai di Genting lewat petang, dah nak habis Maghrib kalau tak silapnye. Bukan takleh sampai awal..cuma masa on the way ke Genting, berenti kat Dungun jap, minum air tebu..memula ingat nak makan nasik terus..rupanya warung tu tak jual nasik, jadi berenti minum je la. Sampai Marang, berenti lagi makan tengahari (jam dah kol 2 lebih: boleh kata lunch lagi ke??) pastu gi cari ikan masin Ikan Merah...konon nak buat simpan nanti nak dijadikan juadah buka puasa lo konon (bulan Puasa kan tak lama lagi!!!), sekali Ikan Merah mahal laah...mencecah RM21.90 seekor...woo..rasa macam nak pengsan aku dibuatnya. Lastly, kita decide beli Ikan Masih Kurau je.
Waktu masuh highway, hujan dah mula nak turun

Wednesday, May 03, 2006

4 May 2006

It's been 2 months since the last time I log in this blogpage of mine. Sorry, Its not that I didn't care...its just that I only have so little time to rest. Right now..I have to allow myself to give some space for me to relax and do whatever I want althought it means just for 5 minutes.

Let's see...what have I missed since the last time I blog....in March..I did'nt get anything for my birthday on 11th March...my husband feels like there is no point of celebrating it, but he did gave me and advance 'present' in February during the time that we went for the bowling tournament, he bought me branded T-Shirt & trouser from Camelware. Want to know how I feel??..Of course I feel dissappointed..but..I just have to bear with it. My Mira now is 3 months old and happily alive and kicking!!..the only problem now is that her big sister is always picking up on her...my poor baby. Itulah masalahnye..kalau kelahiran rapat ni. Maybe Dina is not satisfied for having not enough time to be pampered by us...then Mira came into the picture...lepastu the same gender lak tu...maybe if she gets a little brother ke....MUNGKIN laaa kot dia tak kuat mengusik kot...but its all maybe...perhaps only ALLAH sahaja yang tahu kebenarannya.

(CATATAN INI TELAH LAMA DITINGGALKAN...JADI AKU DAH LUPA WHAT I'M SUPPOSE TO WRITE INSIDE IT)

Sunday, February 19, 2006

19/2/06
MY FIRST FISH
Yesterday, my husband and I went to IOI Mall to play bowling during lunchtime...it's actually more to practising for today's game. Our sports & recreation club (KESKA) is organising a friendly game among us at IOI Superbowl. So, I might as well feel the excitement first. After two games in a row, I, for the first time managed to outwit my husband...Yahoo...I got 124 pinfalls and he got 105 pinfalls. I am so happy but knowing him, there is always a reasong for everything; and the reason for him for loosing is that he had stomach ace in the middle of a game...Yeahh..Right!!
After we had our lunch, I went for window shopping (without buying anything). On our way back, I remembered that I wanted to take some Yam Plant for my office decoration from Ina (my officemate). We went to the pet shop to get some transparent marbles for the interior decor of the glass pot that I've bought last month. When looking around the shop, I saw a lines of beautiful betta fish inside a neat rows of bottles. In Malay we call it 'Ikan Laga'. There are half a dozen of them inside their own bottles. This type of fish cannot be put together cause they will fight with each other and die in the end.
They are so lovely that I decided to buy one in red plus metallic bluish colour for my own keepsake. Its not expensive though, only RM2.50 each depending on the size. I've brought it to the office and put it inside the glass pot along with the Yam Plant; and named her 'Senah'. I don't care whether it sounds so 'kampung' or what, but I like it..hehehe.
20/2/2006
AT THE TOURNAMENT
On Saturday, 18/2 we went to the IOI Superbowl in IOI Mall to to participate in the friendly game that was being organized by our KESKA people. It was supposed to start at 2.30 pm but they were having some problems, we only starts at 3.00pm. I was told that the games been devided into 2 groups ie. 1 for men and 1 for womens' team. The thing is, my name had been sloted under the men's team and Rashid's name had been sloted in the women's team. So, we decided to trade places. But before the game started, one the the technical team have changed our lanes. So now, I'm playing with Su, Mieza & Roslina. To cut the story short, I did'nt make it to the top 5..(the prizes/hamper's are only available for the best 5 player). I only managed to get a total of 188 pinfalls ofter the end game. The first game I got 101 pinfalls and the last game for only 87. Although I do know the reason is...I hate Roslina for not knowing how to control her own kids. It seems that she didn't even bother to ask her kids to stay put when everybody else's turn to throw. I lost my concentration & mood many times but the fact that I couldn't do anything about it that makes me mad. Well...you know sometimes people can't accept if others 'tegur' their kids. That's what happens with her. But all in all, it was a fun game for me. As for the winners, congratulations from me (Qory & Mat Harun). YANG PENTING....dalam ramai-ramai...(Aku, Ina, Nurul, Hajar, Su & Hasnida)...aku le nombor satu...hehehe..jangan marah kekawan...lawak je...
On our way back, the rain pours down like cats and dog. It's so heavy I can hardly saw the highway. But luckily I'm not the driver...heheh..otherwise we would end up in a petrol station somewhere. We got home late at about 6 pm or something. I fetched my kids and cooked for our dinner. After that...I don't know what happen, only that I woke up by the cried of my baby wanting her 'nenen' the next morning...hehehe.

Thursday, February 16, 2006

A STORY OF MY LIFE - INTRODUCTION
Friday, 17 February 2006

It's been what??..a months from the time that I've registered in the page....reading other people's stories is such an interesting thing to do...but..in terms of writing your own?..well although I know that I'm not good at it..but..as long as I'm feeling happy trying...who cares??...

Enough speaking English for today..Rasanya nak start guna bahasa Melayu dulu. Takde apa yang istimewa pon rasanya yang berlaku dalam minggu ni. Untuk permulaan biarla aku kenalkan diri aku dulu...nama sebenar seperti yang mak bapak aku beri ialah Fazilaton..atau nama manja Aton. Buat masa ni aku dah kawin dah dengan sorang anak melayu mix cina..heheh tapi Islam laa...nama dia Rosli..atau nama manjanya Li. Aku baru setahun melahirkan anak kedua aku..dan kedua-duanya adalah puteri-puteri belaka. Yang Kakak nama Dina dan adik nama Mira.

Awal minggu haritu, Dina kena sakit telinga tapi aku tak sempat nak pegi klinik pun untuk bawa dia, sebab Li kena outstation 2 hari (Isnin-Selasa) dan aku pulak tak berani bawak kereta. Tu la kelemahan aku, walaupun ada lesen, tapi disebabkan dah lama tak praktik kan apa yang aku pelajari, bak kata kawan-kawan aku yang mulutnya agak laser...'Kalau setakat lesen beli, masukkan dalam frame, gantung je la kat dinding'..tu la sebabnya...semua nak kena tunggu suami tercinta jugak..hehehe.

Tapi takpe, Alhamdulillah setakat ni kalau Li kena outstation, aku masih boleh pegi kerja..mujurlah ada jiran yang satu ofis ngan aku. Jadi, bila Li takde, dia kena tinggalkan kereta. So, aku boleh pegi kerja dengan kenderaan aku dipandu oleh jiran aku. Amacam...clever tak aku..hahaha.

Petang Selasa, Li balik outstation (bukan jauh pon..kat Dynasty Hotel, K.L je, ada Program Seminar kat sana dengan Mak Cik Tiri si Ina). So aku ajak gi klinik..tapi Li cakap takyah kalau setakat nak jumpa ngan doktor bodoh gile tu..so..kitaorang ambik keputusan pegi jumpa doktor ari Rabu. Bukan ape...selalunye kalau waktu petang, klinik panel takde doktor yang tetap..kekadang doktor ganti laa..ataupun doktor yang tak tau background history penyakit family aku. Tu yang selalu dapat ubat salah laa..salah diagnose laa. Ada sekali tu doktor yang shift petang ni la (hari yang sama..Selasa), diagnose kononnya Dina dan Mira kena virus infection je..padahal dah terang-terang anak aku kena Chicken Pox. Kalau kita melawan kang, sapa pulak doktor ni sebenarnya..tapi itulah sebab kadang-kadang kitaorang terpaksa tunggu dan hanya akan jumpa doktor yang biasa rawat kami je. Unfortunately, this is not the day nor the time. So, my loving hubby ajak pegi cari lauk kat Sungai Buluh. Nak dijadikan cerita, satu the Store Sg. Buluh tu kitaorang dah round tapi lauk mentah semuanya tak menepati citarasa aku dan suami. Mahu tak mahu terpaksalah ke Pasar Malam Paya Jaras. It takes about 10 minutes from The Store to the Flee Market. Yang aku ingat kami beli lauk ayam sebelah, daging lembu 1/2 kg, sotong sikit, jering, buku ABC Dina, Nasi Kerabu untuk Li, Mi Sup untuk Dina dan Mihun Sup untuk aku. Aku tak belikan apa-apa untuk Mira, pasal semuanya tak sesuai untuk perut dia yang setahun jagung tu. Jadi nanti balik aku bagi dia makan Nestum je. Takpun aku masak nasik sket bagi dia makan.

Rabu, aku gi kije lambat sebab bawak anak gi jumpa doktor Linda kat Poliklinik At-Taqwa. Alhamdulillah, nasib kami baik.

Sekarangni jam 12.45..waktu rehat..laki aku ajak gi praktis main bowling la...babai..esok sambung lagi ok.