Monday, April 29, 2019

ENTRI YANG TAK PERKEPINTANGAN

Apa sebenarnya yang penting dalam hidup ni??..Kalau jawapan yang orang nak bagi markah 'A'..tentulah keredhoan Allah. Itu ramai yang tau dan ramai yang cuba menuju ke arah itu.  Tapi dalam ketika dan saat ini, apa sebenarnya yang lebih penting??..Kalau pada aku, kebahagiaan atas rezeki dan kesihatan yang diberkati laa kot.  Sebab kalau nak kata kaya...Allah belum lagi bagi tahap tu pada aku...dan..aku rasa aku x nak mintak kaya, tapi minta senang; mungkin..sebab banyak orang salah tafsir definasi 'KAYA' dan 'SENANG' tu.  Pada aku, kalau kaya, Allah akan bagi satu dugaan besar supaya perkataan kaya tu ada impaknye dalam hidup seseorang, manakala untuk 'senang' pulak, kalau senang dapat, atau dengan kata lain, dipermudahkan, maka kita akan sentiasa ingat..kalau senang dapat, akan senang pula hilang...maka kita perlulah selalu beringat2..kalau senang dapat duit, rajin2 la bersedekah, semoga Allah senang nak bagi kita pahala dan kemungkinan dipermudahkan juga untuk kita dapat rezeki yang lebih besar utk kita kongsi sama-sama.

Pentingnya kebahagiaan tu mungkin samala dengan pentingnya duit 2.6billion pada Najib agaknye...hehehe..dia mempertaruhkan maruahnye kepada 2.6billion yang sebok diperkatakan di sana sini, tapi aku mempertaruhkan diri aku untuk kebahagiaan yang aku mahukan.  Alhamdulillah, setakatni apa yang aku mahu dan perlu, Allah dah beri, walaupun x kaya, kami bahagia dalam kekurangan dan kelebihan yang ada.  Aku selalu bagitau diri aku dan anak2, kalau kita susah..ada orang yang lebih susah daripada kita.  Sekurang-kurangnya Allah bermurah hati nak perkenankan kita dengan tempat berteduh dan rezeki makan minum walaupun tak mewah.  Yang penting kita kenyang, dapat rehat yang cukup dan masih mampu beli sesuatu yang kita nak walaupun tatkala otak terasa macam nak senget fikirkan hutang-piutang yang bertingkat-tingkat.

Bukanlah aku nak menidakkan perkara yang semua orang mahukan iaitu kaya..tapi kaya tu kita perlu ukur yang macamana kayanye...Adakah kaya itu satu tuntutan apabila kita menjadi orang yang berkepentingan?..atau bila jadi orang yang penting, kita perlu pula nak kena jadi kaya??..hehehe...jangan pening ye bila baca. Bukan nak melabel sesiapa tapi kadang-kadang aku jadik pelik dengan manusia terutamanya orang Melayu kita ni..bila takde pangkat atau xde duit, maka orangtu hanyalah orang biasa2 macam Keling yang ada kasta pulak,,Parya, Mahabrata dll. Kalau Melayu tu ada pangkat, maka pentinglah dalam dunia masa kini..gitu??Habis kalau ada pangkat, penting jadi seterusnya mesti ke kena buat sesuatu untuk dapatkan sesuatu juga, maksud aku, kalau pegi merasmi mesyuarat contohnye, perlu ke nak tunjukkan pada orang yang kita kena sumbang apa sahaja permintaan orang lain yang takde 'pangkat' ni supaya (dalam bahasa kasarnye) kita boleh beli jiwa dia dgn mengatakan kitani orang yang baik, pemurah, kaya dan penting?? walhal sumbangan yang dijanjikan tu sebenarnya bukan datang dari duit poket dia pun..lebih kepada menggunakan wang syarikat atau wang orang ramai...ADIL ke camtu?? Baik ke dia? Kaya ke dia?..

Itulah yang hari-hari aku tengok berlaku di depan mata aku.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang aku tak redho semua ini berlaku, tapi siapalah aku...hanya seorang pekerja makan gaji yang hari-hari dok menyatakan dan membincangkan dengan bos aku tentang kemungkaran-kemungkaran yang berlaku depan mata yang kami tak boleh nak tahan, bantah dan bendung.  Dia hanyalah seorang PENGURUSAN KANAN yang tidak diberi kuasa untuk menentang kerakusan BOD yang ada.  Kalau berurusan dengan orang yang terlebih 'cerdik pandai' ni, inilah yang jadi sebenarnya.  'Kepentingan' diri sendiri tu mesti diutamakan lebih daripada tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh orang ramai.  Makin lama aku rasa makin loya sebenarnya nak pegi kerja dek kerana perangai2 rakus manusia2 sebegini.  Ya Allah..aku cuma boleh mohon kepadaMu..kau tunjukkanlah kekuasaanmu supaya manusia-manusia ini diberi kesedaran paling tidakpun diberi kesempatan olehMu untuk memperbetulkan salah silap keatas perkara-perkara mungkar yang mereka lakukan.  Talk about cutting cost dan bajet syarikat, kononnya banyak yang perlu dikurangkan, tapi pada hakikatnya, yang dikurangkan tu hampir semuanya untuk kakitangan, tapi bagi BOD, tak pernah2 dalam sejarah 15 tahun aku bekerja, BOD dapat honorarium, tahun ni pulak nak adakan honorarium sekurang-kurangnya 20K setahun...ADIL KE TU??tu bukan kepentingan diri sendiri ke namanye?? dalam pada nak kurangkan kos jugak, skala mesyuarat dah dikurangkan daripada setiap bulan kepada 2 bulan sekali..tapi...dulu sebulan sekali, seorang JKuasa hanya dapat elaun RM200-300..tapi...bila 2 bulan sekali..elaun sekali datang dah jadik RM1K...cut cost ke tu??? tak jijik ke permainan diorang ni?? tu belum lagi cerita-cerita dalam KAIN pasal projek2 yang entah datang dari mana, sumbangan-sumbangan yang tak sepatutnya dilayan..tapi dilayan juga sebab rasionalnya (katanye) ada orang-orang penting disebalik organisasi-organisasi yang kita KENA BANTU sebab ada orang besar kerajaan...PUIII!!!

Tu belum masuk jugak cerita harini dan esok, buat mesyuarat di Hotel yang ntah mana-mana ceruknya, semata-mata sebab nak bagi 'perniagaan' pada hotel ni. Jadik buatlah segala bagai mak nenek mesyuarat dan majlis makan malam kat sana.  Lepastu bila dah terlebih-lebih bayar..salahkanlah PENGURUSAN KANAN..sebab tak pantau...PUII..

(NOTA KAKI:  Coretan ini adalah hasil setahun-dua yang lalu yg mana di waktu itu, aku belum cukup keberanian untuk 'publish' walaupun dalam blog aku sendiri. Tapi sekarang, enuf is enuf..orang boleh katakann ini hanyalah 'hearsay', tapi aku tak peduli sebab aku menulis atas POV aku sendiri, kalau x suka tak payah baca. Noktah!!)



Thursday, March 13, 2014

KEJUJURAN, PENIPUAN, CATUAN AIR, SUKAN, MH370 HILANG, 11 MAC DAN CHARLES & KEITH

Perrghhh...lama tol aku tak menulis isi hati aku dalam blog aku ni...nak makan tahun dah rasanye..tapi lom terlalu tua lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Jadi pada diri aku sendiri..Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi perkenanNya untuk menyambung saki baki umur dikala mencecah usia nak masuk ke kategorI 40an ni..(tapi lom lagi..)

Harini aku rasa adalah hari yang baik untuk aku sama-sama berkongsi rasa setelah sekian lama aku tak mencoretkan apa2 dalam blog aku ni.  Bermulanya bulan Mac dengan bermacam-macam kisah.  Bulan ni anak-anak dah mula periksa, si Abang pulak mula batuk-batuk sebab keadaan jerebu, ditambahkan lagi dengan tercetusnya Asthma dia, sehingga hari ini, si Abang masih on medication, cuma tak seteruk hari pertama & kedua sampai terpaksa gunakan mesin nebulizer.

Awal bulan Mac, dah diisytiharkan catuan air akan dibuat di seluruh Selangor sebab jerebu dan hujan dah lama tak turun, Alhamdulillah bila tengok dlm jadual catuan air, kawasan aku tak kena.  Bak kata encik suami, tak payah la tanye kenapa kawasan kita tak kena, yang penting anak-anak & diri kita telah Allah permudahkan supaya tidak dibebankan dengan soal2 nak kena angkat air bagai.  Dalam hati aku, betul juga apa yang encik suami cakap tu..dah le sekarangni lutut aku buat hal, kalau ditambah lagi dengan soal2 begini, alamat sampai bila pun tak baik2 sakitnya.

Si Angah pulak semenjak dua menjak ni, selalu betul cuba menguji kesabaran aku.  Minggu lepas, adalah satu kejadian di mana BB krim yang aku biasa pakai telah hilang, bila diselidik rupa-rupanya telah dimusnahkan dan tube BB krim tu aku jumpa dalam tong sampah bilik air, jangkaan kronologinya mungkin 'si pesalah' ni teringin nak cuba pakai akan tetapi, sewaktu percubaan untuk memicit bb krim tersebut dari tube tetapi termeleleh tumpah ke dalam sinki bilik air. Untuk cubaan membersihkan sinki pula, 'si pesalah' telah menggunakan tangan serta berus plastik yang berwarna hijau untuk membuang saki-baki kotoran yang melekat pada sinki tetapi menemui jalan buntu kerana bb krim tersebut adalah 'oil base'.  Keadaan lebih menjadi buruk apabila 'si pesalah' telah cuba membersihkan kotoran tadi dengan menggunakan 'makeup remover' yang berada di atas tangki air tandas duduk di dalam bilik air tersebut.  Satu petang, bila balik dari kerja aku jadi hairan kenapa berus plastik yang aku selalu guna untuk basuh kain macam ada sisa2 kotoran warna coklat.  Bila aku rasa dgn jari dan hidu, terus aku dapat tangkap yang ianya bb krim aku.  Tapi bila ditanya, semua cakap tak tau.  Of courselah si Abang & encik suami x pakai, so tinggal lagi 3 orang suspek.  Masalahnya, kalau si adik menjadi suspek, si adik hari2 mandi dengan aku & perangai si Adik kalau dia dapat sesuatu yang baru, mesti satu dunia dia nak tunjukkan.  Ok, tinggal 2 suspek...Si Along pulak, waktu kejadian, dia takde dirumah sebab 2 hari berada di Seremban sbb kejohanan hoki jemputan.  Suspek yang tinggal of course lah..Angah..dan kesimpulannya, hingga hari ni dia menangis2 x mengaku dia yang buat...walaupun hati kecil aku berat rasa memang dia yang buat.  Puas dah aku pujuk dan aku ingatkan dia.  Bukan aku marah sangat sebenarnya kalau dia dah gunakan barang-barang tu...after all, bukan boleh bawak mati pun barang2 tu semua...soalnya sekarang ialah dia x jujur pada aku sebagai mama dia dan dia x jujur pada diri sendiri.  Kenapa mesti menipu??..kenyang ke dengan menipu?..Takkan la dalam rumah aku ada hantu yang suka pakai makeup??..logik ke? jadi aku sekarang dalam usaha untuk psycho dia supaya mengaku & sedarkan dia yang perbuatan menipu dia tu hukumnya berdosa...sementelah lagi menipu pada mama sendiri.

Si Along pulak, semenjak jadi atlet ni, aku jadik rindu pulak dengan dia.  Mana taknye, masuk ni dah 2 kali hujung minggu dia takde kat rumah sebab pegi tournament..Alhamdulillah ada jugak yang ikut darah atuk dia, walau tak sehebat mana, tapi dia dah nampak dunia sukan yang boleh bawak dia kalau tak ke merata tempat pun, sekurang-kurangnya dia tak le 'peghak' dengan dunia selain dari dunia remaja dia sekarang ni.  Satu perkara yang aku dok ingatkan kat dia ialah dah ini jalan yang dia pilih, yang penting Allah jangan lupa, solat wajib jangan tinggal (walaupun kadang2 aku pon tercicir gak lah) dan pelajaran jangan tinggal.  Kalau tahun ni pelajaran dia teruk maka automatik aku akan suruh dia bersara awal dari dunia sukan dia.

Belum reda lagi dengan cuaca jerebu, catuan air serta kehidupan dunia sukan si Along, dah pulak dunia digemparkan dengan insiden Kapal Terbang MH370 yang hilang secara misteri ketika perjalanan ke Beijing.  Sampai ketika ini yang dah masuk hari ke-6 masih tak ada sebarang berita yang positif.  Yang buat aku nyampah pulak dengan this whole incident is that ada pulak mulut2 longkang yang buat kenyataan2 yang tak masuk dek akal, yang menyelar tindakan2 anak kapal dan yang tak langsung mempunyai perasaan perikemanusiaan, empathy, peka kepada keadaan sekeliling...cubalah kita tempatkan diri kita dalam keadaan mereka..maksud aku kaum keluarga mereka dan orang2 yang mengalami kejadian ini..agak-agaknye apa kita akan rasa. Kami sekeluarga hanya boleh berdoa dan berharap supaya adalah sebarang petunjuk dan berita positif yang dapat kita ketahui harini supaya boleh tindakan lanjut lain diambil demi kesejahteraan bersama.

Kejadian dua hari lepas pula memang diluar jangkaan aku lah bilamana kawan2 sepejabat telah membuat satu keraian kejutan demi menyambut hari kelahiran aku yang ke 39..ye..dah tua kan aku..tapi Allah memang maha kaya..DIA telah pinjamkan aku lagi hari-hari mendatang untuk aku lebih ingat pada DiriNya. Aku sebenarnya agak terharu laa sebab dah lama dah aku tak diberi penghormatan sebegini.  So, to all my friends yang ikhlas sayang dan ambil berat pasal diri aku, TQ so very much.  Hanya Allah sahaja yang dapat balas kebaikan korang semua...dan tup-tup harini rupanya ada pulak Allah lanjutkan rezeki aku dapat hadiah..Beg Charles & Keith...I LIKE!!... 



Monday, July 01, 2013

SEKALI AIR BAH, SEKALI PANTAI BERUBAH; INIKAN PULAK HATI ORANG



Rasanya ayat atas ni sangat-sangat mendalam maknanya buat aku dari minggu lepas membawa ke minggu ni.  Begitu dalam maknanya sehingga kalau tidak difikir-fikirkan betul2, serasa cam beriak dan berombak jugalah dada ni menahan pedihnya ayat yang dilemparkan pada aku.

Tapi ye lah..salah aku jugak, berlawak tak kena tempat agaknye.  Apa yang aku fikir hanya sebagai perkara lawak jenaka antara aku dan majikan, telah mungkin disalah tafsir oleh rakan sekerja yang telah menjawap 'permainan' kami dengan kata2 yang pedas..sungguh tidak disangkakan...I just did not see it coming...

Pada aku, semua orang pun faham gurauan aku macamana...rupa-rupanya bila terkena batang hidung seseorang ni, tak suka rupanye...Sampai jawapan yang diberi tu, kononnye aku pulak yang 'melapang-lapang' mulut bercakap..bila dia buat tak pernah bising pon...
Situasi nye cuma, bos aku ni melawak cakap aku kena stayback sampai malam harini sbb ada banyak kerja..so, aku cakap laa...haa..sbb nko laa ni, aku kena stayback, bos aku pon tunjuk dekat 'dia' jugak..sebenonye, aku dgn bos melawak je..dokumen yg aku kena buat disebabkan bos dia yang nak esok...padahal takde apa pon...rupa2nye dia tak boleh terima dan membalas, katanya..orang lain stayback sampai malam, takde pon bising macam 'nko' (aku le tu..) nii...


Terus tersentak aku dibuatnya...(MAKA HARI JAHATKU PON BERKATA..) aku tak sangka pulak dia nak jawap camtu...agak-agaklaa nak cakap aku camtu...kalau dalam keadaan dia, dia kena stayback...aku ada pernah hina-hina dia ke??..usik-usik dia ke??..cuba laa carik beza aku dgn dia pulak, kalau nak stayback sampai malam tu...aku ni ada bibik ke??...dia ada bibik kat rumah boleh la cakap. Nak bertunggu tangga kat ofis pon takpe...dapat pulak suami yang tak bising cam suami aku..yang aku ni dah le takde bibik..kebanyakan aku buat sendiri, anak balik sekolah nak makan, nak pegi ngaji, anak kecik nak kena layan...  So, nko rasa patut ke dia cakap dekat aku cam tu??..Dia nak cakap aku 'bising' satu dunia...Sedar ke dia, sebelum dia masuk kat sini, aku ni pernah buat semua kerja yang dia buat malah lebih teruk lagi, pernah stayback sampai jam 2 pagi???...yang dia, baru kena paling lewat jam 10-11 malam, dah boleh cakap aku cam tu ek??...maklumlah..aku sapa, dia sapa sekarang..kami bukan lagi boleh 'bermain' di padang yang sama seperti dulu...

Aku ingat lagi, dulu dia pernah cakap, kalau dia salah tolong tegur dia...tapi aku rasa sekarangni dah terlalu 'tua' kot untuk ditegur kalau sikap camtu.  Aku tau aku pon tak sempurna, dan sebenarnya semua orang pon tau aku ni mulut je bising,..tapi takpelah..ini jadi pengajaran pada nko Ton...Tak semua orang suka dengan apa yang kita buat. Dan tak semua orang adalah 'kawan menangis' kita, hendaknya kalau dia menjadi 'lebih' dari kita dalam banyak segi...lebih pangkat, lebih 'cantik'???..lebih duit etc..bak kata lebih segala-galanye lah...Wahh...dah macam Pipit nak kawan dgn Enggang laa pulak yee..ayat aku nih..hemmm...

Pandai-pandailah bawak diri Aton...orang tak suka kat nko.  Jadi janganle perasan cam orang suka kat nko lagi...nko tu cuma 'macai' je.  Jadi janganle nak melawan..(Walau aku 'macai', aku 'macai' ada maruah...))..

So, perkara yang paling baik buat nko masani adalah BERDIAM DIRI...Berdiam Diri bukan bermaksud KALAH...cuma tidak mahu yang sumbing menjadi retak dan yang retak menjadi belah. 

Allah..tolonglah hambamu ini.  Aminnn..

Thursday, January 10, 2013

NAIK KERJA, SEKOLAH DAN BAWA KERETA

Salam Tahun Baru pada semua yang mengenali dan pada yang membaca (ada ke agaknye??..).  Harini genaplah usia Tahun 2013 masuk 10 hari.  Hari ni jugak adalah hari ke-5 aku belajar bawa kereta secara solo tanpa pengawasan suami (ALHAMDULILLAH).  Untuk makluman, aku ni jenis yang sedikit fobia dengan 'bawa' kereta ni.  Tapi, tahun ni disebabkan tuntutan fitrah dan waktu, aku mesti kuatkan diri dan dengar cakap suami..hehehe..kang derhaka pulak. Salah satu sebab kritikal ialah mula tahun ni, Along & Angah dapat sekolah pada sesi yang sama berbanding tahun2 lepas.  Jadi, aku tak perlu lagi fikir kos utk hantar mereka ke pengasuh..memandangkan Pengasuh yang cam singa dulu tu pon aku dah pangkah dah.  Jadi sesi pagi dan petang dipantau sesama sendiri. Waktu makan tengahari aku cuma perlu sediakan lauk & nasi sahaja.  The rest diorang pandai untuk buat sendiri.  Tapi yang menyebabkan aku kena bawa kereta ialah sebab takut nanti waktu petang, bila budak2 balik, makanan dah tak de. Jadi tugas aku supaya sampai rumah cepat & boleh sediakan makan malam dan kerja2 lain di rumah.  Kalau dulu, abang akan ambik aku dan anak2 dan sampai rumah hari-hari lebih kurang jam 7.30-8.00 malam, sekarang aku sampai rumah dalam jam 6-7 petang. Ok la tu.  Cuma sekarang aku perlu,..bukan..aku wajib mengatasi fobiaku iaitu 'bawa kereta' dan perkara-perkara lain yang selalu bagi darah aku berderau setiap kali di hon oleh kenderaan lain.
Tolong ye..sama-sama doakan supaya aku dapat menempuhi tahun yang panjang ini dengan keadaan sihat dan selamat.  Aminn..

Wednesday, February 01, 2012

ANTARA QURAN, HATI DAN PENCAPAIAN

Entah atas sebab apa, harini aku telah dipilih untuk menjadi salah seorang peserta kursus yang dianjurkan oleh pihak pengurusan syarikat tempat aku bekerja.  Pada mulanya, aku rasa macam biasalah, bila diarahkan, kita sebagai pekerja hanya mengikut arahan.  Tapi setelah mengikuti dan mengakhiri kursus 2 hari ini, aku rasa ada nikmat kelainan dalam penyertaan aku dalam kursus kali ini (..sebenarnya bukan banyak pun siri kursus untuk 1-1 tahun yg dikendalikan oleh HR syarikat ini, tapi Alhamdulillah, aku terpilih untuk awal tahun ini).  Cara gaya kursus ini dijalankan amat berlainan dengan kursus-kursus oleh pakar-pakar motivasi yang pernah aku dengar melalui pengalaman lampau.  Mungkin pada sesetengah orang, cara ini bukanlah 'CUP OF TEA' mereka, tapi pada aku, ianya amat sesuai kerana majlis-majlis ilmu seperti ini yang amat jarang sekali bagi orang yang mengaku Islam seperti aku dapat peluang untuk hadir.  Bukan senang sebenarnya untuk bertahan selama 2 hari tanpa rasa mengantuk, mentelah pulak dalam majlis ala-ala ceramah agama ini. Kiranya kami-kami yang hadir ini adalah antara 'umat-umat terpilihlah' untuk sesi kursus kali ni (ayat ini bukan berbaur bongkak lagi sombong, tapi lebih kepada keinsafan diri..).

Apa yang menarik pada aku ialah pertamanya mengenai konsultan/pakar motivasi  yang mengendalikan sesi ini. Beliau ni kalau dari segi perawakannya, sangat biasa dan sangat humble walaupun ada title doktor (tak pastilah pulak doctorate itu doctor of philosopy atau medical doctor) dan beliau juga seorang ustaz dan penceramah  bebas yang pernah banyak kali diundang ke kaca TV (walaupun aku tak pernah kenal dengan dia), nama dia Dr. Hj. Mohd. Shafie.  Konsep pembelajaran dia amat senang dan mudah untuk kita cernakan/absorb (kepada orang yang fahamlah) kerana dia menggunakan apa yang sepatutnya dekattt dengan kita iaitu rujukan-rujukan dari kitab suci Al-Quran.  Satu ketika, dia bawa satu isu, "Mengapa kita perlu belajar dari pakar-pakar motivasi terkenal dunia seperti Edward DeBono, Steven Covey dll sedangkan mereka itu kafir? Mengapa nak belajar motivasi dan tindak-tanduk motivasi yang kadang-kadang bercanggah dengan syariat Islam daripada orang bukan Islam?...soalnya lagi, kalau kita solat cukup 5 waktu, kenapa kita tak mahu mencari pakar-pakar motivasi yang turut mempunyai agama yang sama seperti kita untuk mengajar kita sesuatu yang baik dari corak acuan yang kita ketahui baik?...Wah...dalam hati aku..betul jugak cakap dia. Tu lah..kadang-kadang kita ni terlampau sangat di'suap'kan dengan anasir-anasir Yahudi dan Nasrani yang membuatkan kita lupa sehingga kita merelakan sahaja dengan apa juga jenis perbuatan yang disuapkan kepada kita itu. 

Dalam sesi motivasi dia ni, banyak juga la ilmu yang kadang-kadang sebenarnya kita dah tahu tapi oleh sebab lack of exercise, menyebabkan perlunya di refresh semula untuk penambahbaikan diri kita.  Satu perkara pokok yang paling utama dia sebut, kitani samada kecil, muda, tua nak mati besok pagi pun, wajib belajar BACA QURAN.  Kita juga perlu yakin dengan HATI kita bahawa setiap mukmin itu boleh hafal 30 Juz Al-Quran....dengo cam tak percaya je ek..tapi bila dirungkaikan satu persatu disulam pula dengan yakin yang tidak berbelah bagi kepada Allah, maka semua yang dia cakap tu sebenarnya betul belaka.  To summarize apa yang aku pelajari dari semalam hingga petang ini; Pertama sekali, kita mesti baca Quran, kalau tak ada masa, cari masa, kerana dalam masa yang sama dia ajar juga kita tentang pengurusan masa.  Dengan pengurusan masa yang berkesan, segala persoalan yang membuat kita mendapat 2 penyakit yang sangat bahaya (BIMBANG DAN DUKACITA) dapat kita ubati.  Kita manusia ni selalu sangat mengukur PENCAPAIAN itu adalah tangga kepada seseorang itu BERJAYA; tapi sebenarnya Allah mengukur TANGGA KEJAYAAN kita itu dari segi USAHA yg kita buat.  Tak semestinya kalau seseorang tu kaya, jelita, pandai yang amat tu semua adalah datang dari hasil titik peluh dia sendiri.  Cth yg Ustaz tu bagi senang aje, kalau seseorang tu datang dari keluarga yang kaya...maka kekayaan tu  sebenarnya datangnya dari keluarga @ keturunan dia, bukan dia yang berusaha.  Jadi tak semestinya anak orang kaya itu berjaya. Bagi yang cerdik pandai pulak, manusia ni bukan semua Allah letak tahap kepandaian yang sama, kalau tidak, semua la nak jadi bos, takde sorang pun yang nak jadi kerani, tak de sorang pun la juga yang nak jadi tukang sapu dan tukang cuci.  Tapi kalau si 'tukang cuci' tadi dan juga si 'kerani' tadi lebih baik amal salihnya dari seorang 'bos', maka itu yang Allah ukur.


Yang kedua, Bila dah baca, kena fahamkan dan seterusnya amalkan, walaupun sedikit itulah sifat-sifat terpuji yang perlu ada dalam diri kita iaitu berkata benar, amanah/jujur, bijaksana dan jika kita punya ilmu yang baik, kita sampaikan kepada orang-orang yang ada disekeliling kita.  Last sekali, dia tunjukkan teknik dan cara yang betul untuk kita belajar menghafal. 

So, InsyaAllah..mulai saat dan ketika ini, aku berniat dan berjanji Ya Allah, untuk mencuba bersungguh-sungguh untuk dapat belajar Hafazan 30 Juz Al-Quran dengan berterusan.  So, kepada sesiapa yang membaca blog ini, kalau rasa-rasa nak pandai baca quran dan belajar hafal, sekaranglah waktu yang sesuai kerana kita tau ke esok masih ada untuk kita?..Boleh ke kita yakin bahawa petang ini kita akan jumpa keluarga kita?...semua itulah soalan-soalan yang memberi kesedaran pada aku. Aku harap kesedaran ini akan berterusan hingga ke akhir hayat aku.  Moga-moga kita sama-sama dapat keberkatan dan keredhoaan dari Allah sepanjang waktu kita hidup di dunia ini. Aminn.

Monday, November 14, 2011

ANTARA AJAL,MAUT, KELAHIRAN DAN KETAATAN KEPADA YANG ESA

Seawal jam 7.56 pagi, aku dah dikejutkan dengan khabar tentang pemergian Allahyarham bapa saudara yang juga merangkap jiran di kampungku.  Meniti usianya dalam lingkungan 60an, Pak Itam Mail telah dijemput untuk kembali menemui Penciptanya..Innalillah Hiwainnailai Hirojiun.  Takziahku kepada Mak Itam Munah serta anak-anaknya...Menurut mak, nafas beliau terhenti jam 4.00 pagi tadi setelah semua usaha untuk menyelamatkan beliau tidak berhasil.  Alhamdulillah satu yang aku syukurkan kerana semua anak-anaknya ada disamping beliau pada ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Berlainan sekali dengan keadaan di waktu Abah kesayangku pergi.  Ye lah..rezeki masing-masing sebab Abah pergi diwaktu tak siapa menduga.  Dan yang dilorong oleh Allah untuk berpeluang bersama dengan Abah pada ketika itu hanyalah Mak, Aku dan Adik.  Ketika orang lain sampai, jasad Abah dahpun selamat dikafankan, hanya menunggu untuk disolatkan dan dikebumikan sahaja. Itu juga aku redho dan bersyukur.  Semoga selamat Abah disana.  Aku teringat setelah sekian lama tak menjenguk pusara beliau, aku berkesempatan untuk 'menemui' Abahku sekali lagi sewaktu aku pulang berhari raya baru-baru ni.  Sungguh sayu hatini tatkala aku nak meninggalkanmu pergi bila selesai doa dan tahlil mak, akak dan aku hadiahkan kepadamu.  Ketahuilah Abah. bahawasanya anakmu ini tidak pernah dan tidak akan pernah lupa padamu.  Cuma kesempatan untuk aku 'berjumpa' denganmu selalu belum lagi dilorong kan olehNya.  Tapi percayalah, anak kesayanganmu ini tidak akan pernah lupa pada janji kita..InsyaAllah..Semoga Abah, Pak Itam Mail dan sanak-saudara yang telah 'dijemput' pergi akan damai dan dilindungi oleh Allah disana...Aminn.

Selesai dengan khabar tersebut, akupun seperti biasa mula membelek akhbar harini sebelum memulakan tuntutan kerja, satu lagi keajaiban dengan izin Allah telah terjadi.  Seperti yang telah diwar-warkan di dada akhbar tersebut, seorang bayi yang baru berusia lebih kurang 4 jam dengan masih bertali pusat telah dijumpai oleh seorang jururawat dalam keadaan berbalut dengan kain kotor di bawah sebuah pokok berdekatan dengan sebuah klinik kerajaan ketika beliau hendak ke tempat kerja.  Subhanallah..Maha suci Allah.  Setiap kali seorang umat dikebumikan, seorang umat lagi dilahirkan. Tetapi adalah amat kesal sekali kerana bayi comel yang tidak bersalah itu sama sekali tidak memahami kenapa dia terpaksa dibuang dek kerana kedangkalan dan kejahilan akal seorang 'ibu' yang tidak sanggup membesarkan dia tapi sanggup menadah benih, membuahkan zuriat serta mengandungkan serta melahirkan bayi itu.  Jikalaulah dia tidak diselamatkan tepat pada masanya, dah tentu bayi tersebut akan mati lemas kerana tak lama selepas dia dijumpai, hujan turun dengan lebat di kawasan tersebut...Nauzubillahh..

Betapa aku pelik dengan sikap manusia di akhir zaman ini.  Kelakuan dah lebih durjana daripada binatang.  Binatangpun ada perasaan belas dan kasih kepada anak-anak.  Sebagai seorang ibu, aku ada pengalaman 'hands-on' tentang keadaan seorang ibu yang mengandung.  Bukan satu tau, tapi dah 4 kali dah.  Betapa sukanya sewaktu dapat khabar berita yang baik itu, kemudian menunggu saat-saat bayi memberi respon/tindak balas sewaktu dalam kandungan, betapa senaknya bila dia 'bersenam' dalam perut kita, betapa payahnya nak berjalan bila tiba ketika kaki pun dah mula bengkak-bengkak.  Itu belum masuk lagi bab hari-hari yang penuh dengan adegan loya tekak, mengidam dan banyak lagi gelagat pelik sewaktu mengandung.  Tapi waktu itulah Allah itu beri kita banyak dugaan supaya kita banyak pula bersabar dan sentiasa ingat padanya.  Tiba pulak hari untuk dilahirkan zuriat, betapa payahnya hingga bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat sendiri....dan di akhirnya...'produk' terakhir kita dibuang???...Aku rasa kalau aku ada di tempat kejadian, bayi tu takkan end up di hospital dan takkan ada orang yang pegi buat laporan di balai polis...heheh...the baby will end up cuddling in my very arms in my home sweet home.  Tak kira la berapa ramai pun anak aku...tapi ahh..itu aku...aku tak tau la orang lain..itu apa yang aku rasa sebab aku amat kasihan melihat matanya yang seolah-olah merayu..dan berkata...mama..pegangla saya..saya lapar ni..saya sejuk..dan ketika itu lah hati aku menangis mengenangkan nasibnya.

Datang pula 'sahabat' aku seorang ni minta aku ungkaikan satu topik tentang ketaatan yang kononnya, bagi beliau aku ni 'kuat' agama...ntah dari mana dia dapat idea tu ntah...??..tapi aku terima je la..A... pada aku itu satu komplimen..Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya bagi Allah, walaupun aku rasa aku ni bukanlah orang yang tepat untuk dia tanya, tapi aku cuba sedaya upaya untuk 'cater' perbincangan terbuka ni yang mana pada aku, definisi taat tu bergantung kepada bagaimana ketaatan tu di dominasikan.  Kalau dengan ketaatan itu akan memberi pahala yang berlipat ganda kepada kita, wajibla kita buat, wa'ima dalam ketika darurat sekalipun.  Apa topiknya tak haruslah dibincangkan disini, nanti bukak open discussion di lain masa pulak ye.  Yang penting, kalaupun kita dituntut untuk menimba ilmu, tapi jika tiada restu suami, maka jatuh berdosa juga kerana membelakangkan dia.  Lainla kalau si suami tu ngalahkan perangani macam 'Shah Bunga' yang kawin 21 orang isteri, tapi makan hasil isteri yang disuruh melacurkan diri.  Wah..itu patut ditikam ngan pisau belati 12 inci je tu..hehehe....ini emo aku jee...bukan suruh ikut tau..and lastly, seperti biasa untuk mengingatkan diri sendiri dan juga anak-anak...harini dah solat ke???...aku cuti...hehehe.







Sunday, November 13, 2011

DUIT

Semua orang suka duit..Ada tak orang dalam dunia ni tak suka duit???...aku rasa orang tu mesti samada mentalnya tak berapa nak betul atau orang-orang yang masih tak faham apa fungsi duit tu dalam dunia yang serba fana ni (contohnya..budak-budak kecil, orang-orang tua yang dah boleh dikategorikan seperti 'anak-anak kecil' aka nyanyuk)...Tapi bukanlah bermakna duit itu segalanya...

Bagi aku duit itu amat bermakna untuk kelangsungan hidup.  Bersederhana dalam segala hal memang dituntut dalam Islam..tapi kadang-kadang kalau nak beramal tapi takde duit untuk bersedekah..tak jadi juga ye tak.  Cuma kita janganla pandang duit tu sebagai agenda utama dalam hidup.  Aku bukanlah nak memandai-mandai..sebab sebenarnya aku tak berapa pandai pon bab-bab duit dan kewangan ni. 

Kewangan ni bukanlah 'bidang' aku sebenarnya tapi aku tertarik dengan perbincangan dgn 'sahabat' aku harini.  Kalau kita ada masalah...sapa dalam dunia ni agak-agaknya yang akan dengan rela dan redha setulus hati dan ikhlas untuk tolong kita melainkan Allah?...ada??..aku rasa kalau dalam seribu, mungkin liat jugak nak jumpa seorang yang mempunyai ketulusan seperti itu.  

Kalau bukan kita sendiri berusaha untuk masa depan kita, sapa lagi.  Jadi nasihat ikhlas yang juga sebenarnya aku tujukan pada diri sendiri, kepada kawan-kawan, kepada suami, anak-anak dan keluarga tersayang, dimasa usia masih dikurniakan tuhan ni, carilah rezeki (ie: duit) yang halal sebanyak mungkin disamping mencari pahala sebanyak mungkin selagi terdaya, 1 untuk menjamin kehidupan yang senang tetapi tidak berlebihan, tidak tamak dan tidak terlalu meminta-minta untuk duniawi dan 1 lagi untuk kesejahteraan di akhirat kelak.

Sama-samalah kita renungkan.  Yang pasti, kalau ada wang dan peluang, aku akan pasti mengikut jejak langkah ke arah kebaikan sepertimana apa yang dilakukan oleh suami kepada sahabat aku...apa yang dia buat..tak boleh laa nak bagitau dalam blog aku yang tulus dan ikhlas ni.  Itu hanya antara aku dan dia je.