Monday, November 14, 2011

ANTARA AJAL,MAUT, KELAHIRAN DAN KETAATAN KEPADA YANG ESA

Seawal jam 7.56 pagi, aku dah dikejutkan dengan khabar tentang pemergian Allahyarham bapa saudara yang juga merangkap jiran di kampungku.  Meniti usianya dalam lingkungan 60an, Pak Itam Mail telah dijemput untuk kembali menemui Penciptanya..Innalillah Hiwainnailai Hirojiun.  Takziahku kepada Mak Itam Munah serta anak-anaknya...Menurut mak, nafas beliau terhenti jam 4.00 pagi tadi setelah semua usaha untuk menyelamatkan beliau tidak berhasil.  Alhamdulillah satu yang aku syukurkan kerana semua anak-anaknya ada disamping beliau pada ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Berlainan sekali dengan keadaan di waktu Abah kesayangku pergi.  Ye lah..rezeki masing-masing sebab Abah pergi diwaktu tak siapa menduga.  Dan yang dilorong oleh Allah untuk berpeluang bersama dengan Abah pada ketika itu hanyalah Mak, Aku dan Adik.  Ketika orang lain sampai, jasad Abah dahpun selamat dikafankan, hanya menunggu untuk disolatkan dan dikebumikan sahaja. Itu juga aku redho dan bersyukur.  Semoga selamat Abah disana.  Aku teringat setelah sekian lama tak menjenguk pusara beliau, aku berkesempatan untuk 'menemui' Abahku sekali lagi sewaktu aku pulang berhari raya baru-baru ni.  Sungguh sayu hatini tatkala aku nak meninggalkanmu pergi bila selesai doa dan tahlil mak, akak dan aku hadiahkan kepadamu.  Ketahuilah Abah. bahawasanya anakmu ini tidak pernah dan tidak akan pernah lupa padamu.  Cuma kesempatan untuk aku 'berjumpa' denganmu selalu belum lagi dilorong kan olehNya.  Tapi percayalah, anak kesayanganmu ini tidak akan pernah lupa pada janji kita..InsyaAllah..Semoga Abah, Pak Itam Mail dan sanak-saudara yang telah 'dijemput' pergi akan damai dan dilindungi oleh Allah disana...Aminn.

Selesai dengan khabar tersebut, akupun seperti biasa mula membelek akhbar harini sebelum memulakan tuntutan kerja, satu lagi keajaiban dengan izin Allah telah terjadi.  Seperti yang telah diwar-warkan di dada akhbar tersebut, seorang bayi yang baru berusia lebih kurang 4 jam dengan masih bertali pusat telah dijumpai oleh seorang jururawat dalam keadaan berbalut dengan kain kotor di bawah sebuah pokok berdekatan dengan sebuah klinik kerajaan ketika beliau hendak ke tempat kerja.  Subhanallah..Maha suci Allah.  Setiap kali seorang umat dikebumikan, seorang umat lagi dilahirkan. Tetapi adalah amat kesal sekali kerana bayi comel yang tidak bersalah itu sama sekali tidak memahami kenapa dia terpaksa dibuang dek kerana kedangkalan dan kejahilan akal seorang 'ibu' yang tidak sanggup membesarkan dia tapi sanggup menadah benih, membuahkan zuriat serta mengandungkan serta melahirkan bayi itu.  Jikalaulah dia tidak diselamatkan tepat pada masanya, dah tentu bayi tersebut akan mati lemas kerana tak lama selepas dia dijumpai, hujan turun dengan lebat di kawasan tersebut...Nauzubillahh..

Betapa aku pelik dengan sikap manusia di akhir zaman ini.  Kelakuan dah lebih durjana daripada binatang.  Binatangpun ada perasaan belas dan kasih kepada anak-anak.  Sebagai seorang ibu, aku ada pengalaman 'hands-on' tentang keadaan seorang ibu yang mengandung.  Bukan satu tau, tapi dah 4 kali dah.  Betapa sukanya sewaktu dapat khabar berita yang baik itu, kemudian menunggu saat-saat bayi memberi respon/tindak balas sewaktu dalam kandungan, betapa senaknya bila dia 'bersenam' dalam perut kita, betapa payahnya nak berjalan bila tiba ketika kaki pun dah mula bengkak-bengkak.  Itu belum masuk lagi bab hari-hari yang penuh dengan adegan loya tekak, mengidam dan banyak lagi gelagat pelik sewaktu mengandung.  Tapi waktu itulah Allah itu beri kita banyak dugaan supaya kita banyak pula bersabar dan sentiasa ingat padanya.  Tiba pulak hari untuk dilahirkan zuriat, betapa payahnya hingga bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat sendiri....dan di akhirnya...'produk' terakhir kita dibuang???...Aku rasa kalau aku ada di tempat kejadian, bayi tu takkan end up di hospital dan takkan ada orang yang pegi buat laporan di balai polis...heheh...the baby will end up cuddling in my very arms in my home sweet home.  Tak kira la berapa ramai pun anak aku...tapi ahh..itu aku...aku tak tau la orang lain..itu apa yang aku rasa sebab aku amat kasihan melihat matanya yang seolah-olah merayu..dan berkata...mama..pegangla saya..saya lapar ni..saya sejuk..dan ketika itu lah hati aku menangis mengenangkan nasibnya.

Datang pula 'sahabat' aku seorang ni minta aku ungkaikan satu topik tentang ketaatan yang kononnya, bagi beliau aku ni 'kuat' agama...ntah dari mana dia dapat idea tu ntah...??..tapi aku terima je la..A... pada aku itu satu komplimen..Alhamdulillah..segala puji-pujian hanya bagi Allah, walaupun aku rasa aku ni bukanlah orang yang tepat untuk dia tanya, tapi aku cuba sedaya upaya untuk 'cater' perbincangan terbuka ni yang mana pada aku, definisi taat tu bergantung kepada bagaimana ketaatan tu di dominasikan.  Kalau dengan ketaatan itu akan memberi pahala yang berlipat ganda kepada kita, wajibla kita buat, wa'ima dalam ketika darurat sekalipun.  Apa topiknya tak haruslah dibincangkan disini, nanti bukak open discussion di lain masa pulak ye.  Yang penting, kalaupun kita dituntut untuk menimba ilmu, tapi jika tiada restu suami, maka jatuh berdosa juga kerana membelakangkan dia.  Lainla kalau si suami tu ngalahkan perangani macam 'Shah Bunga' yang kawin 21 orang isteri, tapi makan hasil isteri yang disuruh melacurkan diri.  Wah..itu patut ditikam ngan pisau belati 12 inci je tu..hehehe....ini emo aku jee...bukan suruh ikut tau..and lastly, seperti biasa untuk mengingatkan diri sendiri dan juga anak-anak...harini dah solat ke???...aku cuti...hehehe.







Sunday, November 13, 2011

DUIT

Semua orang suka duit..Ada tak orang dalam dunia ni tak suka duit???...aku rasa orang tu mesti samada mentalnya tak berapa nak betul atau orang-orang yang masih tak faham apa fungsi duit tu dalam dunia yang serba fana ni (contohnya..budak-budak kecil, orang-orang tua yang dah boleh dikategorikan seperti 'anak-anak kecil' aka nyanyuk)...Tapi bukanlah bermakna duit itu segalanya...

Bagi aku duit itu amat bermakna untuk kelangsungan hidup.  Bersederhana dalam segala hal memang dituntut dalam Islam..tapi kadang-kadang kalau nak beramal tapi takde duit untuk bersedekah..tak jadi juga ye tak.  Cuma kita janganla pandang duit tu sebagai agenda utama dalam hidup.  Aku bukanlah nak memandai-mandai..sebab sebenarnya aku tak berapa pandai pon bab-bab duit dan kewangan ni. 

Kewangan ni bukanlah 'bidang' aku sebenarnya tapi aku tertarik dengan perbincangan dgn 'sahabat' aku harini.  Kalau kita ada masalah...sapa dalam dunia ni agak-agaknya yang akan dengan rela dan redha setulus hati dan ikhlas untuk tolong kita melainkan Allah?...ada??..aku rasa kalau dalam seribu, mungkin liat jugak nak jumpa seorang yang mempunyai ketulusan seperti itu.  

Kalau bukan kita sendiri berusaha untuk masa depan kita, sapa lagi.  Jadi nasihat ikhlas yang juga sebenarnya aku tujukan pada diri sendiri, kepada kawan-kawan, kepada suami, anak-anak dan keluarga tersayang, dimasa usia masih dikurniakan tuhan ni, carilah rezeki (ie: duit) yang halal sebanyak mungkin disamping mencari pahala sebanyak mungkin selagi terdaya, 1 untuk menjamin kehidupan yang senang tetapi tidak berlebihan, tidak tamak dan tidak terlalu meminta-minta untuk duniawi dan 1 lagi untuk kesejahteraan di akhirat kelak.

Sama-samalah kita renungkan.  Yang pasti, kalau ada wang dan peluang, aku akan pasti mengikut jejak langkah ke arah kebaikan sepertimana apa yang dilakukan oleh suami kepada sahabat aku...apa yang dia buat..tak boleh laa nak bagitau dalam blog aku yang tulus dan ikhlas ni.  Itu hanya antara aku dan dia je.