PERCAYALAH PADA DIRI SENDIRI WALAUPUN KADANG-KADANG ORANG TAK PERCAYAKAN KITA. KASIHKAN ALLAH SELALU KERANA ALLAH SELALU KASIHKANKAN KITA. SELALU JUGA MEMBERI WALAU PADA HAKIKATNYA TAK SELALU KITA MERASA.
Thursday, September 13, 2007
Wednesday, August 08, 2007
Thursday, June 28, 2007
28 Jun 2007
Waktu aku mengetuk-ngetuk dalam blog ni, suami tercinta aku sedang dalam perjalanan ke tempat interview buat kali keempat selepas kontrak beliau dengan satu kelab golf ni habis pada 15 Jun lalu. Jadi, sekarang masih dalam mencari pekerjaan untuk menyara keluarga aku yang bakal bertambah satu lagi Insya Allah awal tahun depan.
Haii...entahlah...aku harap dan doakan supaya suami aku yang tercinta ni dapat seperti apa yang diidamkan, kerja tetap yang boleh menjamin kehidupan kami sekeluarga. Kalau ikutkan hati, mahu je aku suruh dia meniaga tapi masalahnye, modalpun kami takde,..camana nak meniaganye..hehehe. Takpe laa..kalau tak berjaya yang ni, cuba lagi...Insya Allah rezeki tuhan tu ada di mana-mana. Bukan 'orang tua' tu yang bagi dia makan...(Ofis lama dia).
Dah lama juga aku tak masuk blogpage aku ni ye...dah lebih dari 2 bulan kalau tak salahnye. Tapi nak buat camana, masa tak mengizinkan. Kekadang masa ada, cuma kesempatan pula yang takde..ada pulak tu, bila semua dah ok...server pulak yang tak ok. Dah satu opis aku jadi haru biru dek kerana tak boleh nak guna internet dsb.nya. Kira banyak jugak peristiwa suka duka yang dah berlaku dalam hidup aku ni diwaktu tu. Aku menghabiskan pelajaran kemahiran memandu aku ngan Kak Olli (personal Instructor)...dia ni kakak officemate aku...so dapat murah le sikit..lagipun pada aku dia ngajar bagus...tak garang dan kita pun selesa bila belajar ngan dia. Bayaran...aku janji lepas dapat gaji..Dia cakap ok..Yang tak oknye..aku terpaksa bayar dia 2X sebab aku ada masalah kewangan. Takpe laa...janji aku bayar. Bukannye aku lari ye tak..
9 Februari aritu (Jumaat), aku sambut Hari Jadi Abang di rumah je...aku jemput kawan baik dia si 'kartunis' A'an ke rumah. Baru tu laa aku dapat tengok dia secara live. Orangnye ok..boleh tahan, pandai berlawak dan muka ala-ala masuk laa dalam kategori cun...tapi bukan taste aku...heheheh...sebab dia takde misai dan tak pakai cermin mata...Abang habiskan semalaman dengan dia bersembang kat rumah sampai nak dekat awal pagi...tapi takpe..janji depan mata aku...bukan gi tempat yang aku tak tau...hehehe...Laki beb...cemburu tu wajib bagi isteri.
All in all, sejuk gak le hati aku bila tengok dia seronok ngan 'hadiah' aku untuk dia. Tapi dinner aku ada sedikit spoil,...bukan ape aku punya laa masak konon grand laa...main course : Ikan Bawal Masak Kari, Sayur Asparagus Udang Bercili...sekali si A'an ni...rupanye makan ikan sardin ajee....huk alaa...senangnye sapa jadi bini dia ni..hari-hari idang ikan sardin kat laki....tapi nasib baik dia nak makan sayur aku...sampai menjilat jari laa...nasib baik jugakla aku goreng telur dadar...habis juga..sampai licin...hehehe...macam-macam laaa perangai si A'an ni.
Esoknya lepas aku habis kerja (Sabtu), abang ambik dan terus pegi kenduri kahwin Dekmad, adik officemate aku kat Keramat. Sedap gak...maklumlaa makan free. Cuma masa nak masuk dewan tu, rerasa macam gi majlis untuk ala-ala 'Godfather' plak..sebab semua yang ada kat pintu depan, orang rewang, semuanya budak-budak pakai baju t-shirt hitam. Bila tanya ngan kawan aku, barule aku tau, si Pengantin ni ada 'klik' dia tersendiri. Tu yang sekali ramai turun, macam kumpulan mafia turun meeting je tu...hehehe...jangan marah kakak Pengantin...gurau je.
Cuti Tahun Baru China haritu aku berpeluang balik kampung aku..tapi tak lama sebab kewangan tak berape mengizinkan. Cukupla untuk aku melepaskan rindu dendam kat mak aku dan kakak aku. Untuk aku melepaskan rindu nak makan Soto dan Mee Bandung di Kedai Bonggol...pastu hari malam makan Yong Taw Foo dekat Stesyen Bas...Peh..sedapnyeee.....
Anak-anak aku pon dah sampai tak kenal ngan "Mak Tua" diaorang..cuba la bayangkan...punya dah lamanye kami tak balik..bukan tak nak balik...tak mampu nak balik sebenarnya. Tapi takpe laahh...lupakan saja bab tu..dah berlalu pon.
22 Jun (Jumaat), aku, Fiza dan CT (satu team) turun ke SM Seksyen 27 sebab bertanding lawan Petanq sempena Sambutan Kejohanan Petanq Peringkat Negeri Selangor. Kami menjadi satu-satunya wakil wanita untuk kelab kami. Kelab hantar 1 team wanita dan 1 team lelaki. Penat gilee..rasanye...bukan penat main..tapi penat menunggu giliran. Maklumlah...buat kat sekolah, besar mana sangat padang yang dia boleh provide utk game ni..setakat 5 gelanggang adalah dan dikongsi seramai lebih dari 20 team (Triple). Itu yang pertandingan awal buat sistem double knock-out, 11 mata dan bermula separuh akhir baru bermula dengan 13 mata tu.
In the end, team aku dapat nombor 3. Kuasa Allah..kira dah bersyukur la jugak bagi kami yang dah lama tak pegang bola, dah lama tak turun training,..tup-tup dapat nombor 3....out of 8 penyertaan team wanita. Aku dan the rest of the team redha dengan apa yang kami dapat.
Wassalam
Thursday, February 15, 2007
Monday, January 22, 2007
Sunday, January 14, 2007
Aku rasa tak de apa yang istimewa yang kira 'grand' le nak dikongsi pasal azam tahun baru ni. Cumanya ingat kalau diizinkan Allah, aku nak melunaskan hutang puasa aku dan benda-benda yang sepatutnya aku qada (solat fardhu dll).. Mak cakap kalau satu hari boleh buat qada solat fardhu untuk semua waktu tu dah kira bersyukur dah. Insya Allah makk..anak mak ini akan mulakan juga secara beransur-ansur. Bukan le nak kata aku ni baik..tapi sekadar mengingatkan diri sendiri,,apa salah nye kan.
Kedua, kalau diizinkan Allah juga, aku nak cuba lunaskan hutang Rosli dengan KOKITA (office club membership). Kesian dia, dan kesian aku...ini semua sebab kes the company fired him last 2 months. Kes kononnya dia terlibat dengan penipuan wang subsidi perumahan. Padahal dia memang terang-terang mengaku tidak bersalah dan pesalah telahpun memberi pengakuan yang dia tidak terlibat dengan penipuan tu. Tapi ye lah...kuasa Allah, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Cuma aku sedih laa..cara dia diberi tindakan. Terlalu drastik sedangkan kes sebelum ni, (orang lain la yang buat ni) iaitu secara terang-terangan kakitangan lain ponteng kerja dan pegi main bowling hanya dikenakan hukuman gantung kerja selama 2 minggu sahaja.
Pada aku hukuman buang kerja ni tak adil laa bagi pihak kami. Tapi aku percaya pada qada dan qadar Allah Taala. Lambat laun, kebenaran akan diketahui. Yang pasti, pihak KESKA (Union kami) berpihak kepada hubby aku. 19/1 ni adalah panggilan kali pertama hubby aku ke court perhubungan perusahaan di Shah Alam untuk 'case hearing'. Insya Allah..aku mohon kepada Allah agar kami diberi kekuatan, kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi semua ini. Satu aku harapkan supaya orang sekeliling tidak memandang kami dengan pandangan serong sedangkan kami langsung tidak terlibat. Salah hubby aku cuma satu,..terlalu percayakan kawan.
Kalau orang yang tak kenal dia, orang takkan percaya bagaimana dia boleh berkawan baik dengan si 'pesalah laku' ni. Semua orang...pembetulan...ramai orang terkejut bila nama suami aku dikaitkan dengan kes hamba Allah yang sorang ni. Masalahnye...mereka tak tau..suami aku yang tersayang ini telah banyak terhutang budi dan telah banyak bersusah payah bersama dengan Hamba Allah ini. Jadi tidak timbul soal dia dikhianati kerana pesalah laku tu masih lagi berkawan dengan dia dan masih lagi berhubung antara satu sama lain. Pada aku, suami aku ni menjadi mangsa keadaan. Dan pengalaman dan pengajaran yang paling penting ialah...JANGAN SESEKALI BERI NO AKAUN BANK KITA KEPADA SESIAPA WALAU UNTUK TUJUAN APA SEKALI PUN..
Banyak betul yang terjadi pada aku dan keluarga aku keseluruhannya pada tahun yang baru saja kita tinggalkan ni...Anak-anak saudara yang baru sahaja habis exam UPSR dan UPMR, Pelamin Angan Adikku Musnah, kes hubby aku dan memacam lagi lah..so aku mohon pada Allah, supaya tahun ni..jangan ada kejutan yang drastik. Aku mohon sesangat supaya kami menang dalam kes supaya kami boleh memulakan hidup baru, tidak lagi dibebani dengan perasaan sedih dan resah. Ya Allah..perkenankanlah permintaan hambamu yang hina dan kecil sekecil hama ini yang Allah...Amin.