Thursday, January 10, 2013

NAIK KERJA, SEKOLAH DAN BAWA KERETA

Salam Tahun Baru pada semua yang mengenali dan pada yang membaca (ada ke agaknye??..).  Harini genaplah usia Tahun 2013 masuk 10 hari.  Hari ni jugak adalah hari ke-5 aku belajar bawa kereta secara solo tanpa pengawasan suami (ALHAMDULILLAH).  Untuk makluman, aku ni jenis yang sedikit fobia dengan 'bawa' kereta ni.  Tapi, tahun ni disebabkan tuntutan fitrah dan waktu, aku mesti kuatkan diri dan dengar cakap suami..hehehe..kang derhaka pulak. Salah satu sebab kritikal ialah mula tahun ni, Along & Angah dapat sekolah pada sesi yang sama berbanding tahun2 lepas.  Jadi, aku tak perlu lagi fikir kos utk hantar mereka ke pengasuh..memandangkan Pengasuh yang cam singa dulu tu pon aku dah pangkah dah.  Jadi sesi pagi dan petang dipantau sesama sendiri. Waktu makan tengahari aku cuma perlu sediakan lauk & nasi sahaja.  The rest diorang pandai untuk buat sendiri.  Tapi yang menyebabkan aku kena bawa kereta ialah sebab takut nanti waktu petang, bila budak2 balik, makanan dah tak de. Jadi tugas aku supaya sampai rumah cepat & boleh sediakan makan malam dan kerja2 lain di rumah.  Kalau dulu, abang akan ambik aku dan anak2 dan sampai rumah hari-hari lebih kurang jam 7.30-8.00 malam, sekarang aku sampai rumah dalam jam 6-7 petang. Ok la tu.  Cuma sekarang aku perlu,..bukan..aku wajib mengatasi fobiaku iaitu 'bawa kereta' dan perkara-perkara lain yang selalu bagi darah aku berderau setiap kali di hon oleh kenderaan lain.
Tolong ye..sama-sama doakan supaya aku dapat menempuhi tahun yang panjang ini dengan keadaan sihat dan selamat.  Aminn..