KEJUJURAN, PENIPUAN, CATUAN AIR, SUKAN, MH370 HILANG, 11 MAC DAN CHARLES & KEITH
Perrghhh...lama tol aku tak menulis isi hati aku dalam blog aku ni...nak makan tahun dah rasanye..tapi lom terlalu tua lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Jadi pada diri aku sendiri..Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi perkenanNya untuk menyambung saki baki umur dikala mencecah usia nak masuk ke kategorI 40an ni..(tapi lom lagi..)
Harini aku rasa adalah hari yang baik untuk aku sama-sama berkongsi rasa setelah sekian lama aku tak mencoretkan apa2 dalam blog aku ni. Bermulanya bulan Mac dengan bermacam-macam kisah. Bulan ni anak-anak dah mula periksa, si Abang pulak mula batuk-batuk sebab keadaan jerebu, ditambahkan lagi dengan tercetusnya Asthma dia, sehingga hari ini, si Abang masih on medication, cuma tak seteruk hari pertama & kedua sampai terpaksa gunakan mesin nebulizer.
Awal bulan Mac, dah diisytiharkan catuan air akan dibuat di seluruh Selangor sebab jerebu dan hujan dah lama tak turun, Alhamdulillah bila tengok dlm jadual catuan air, kawasan aku tak kena. Bak kata encik suami, tak payah la tanye kenapa kawasan kita tak kena, yang penting anak-anak & diri kita telah Allah permudahkan supaya tidak dibebankan dengan soal2 nak kena angkat air bagai. Dalam hati aku, betul juga apa yang encik suami cakap tu..dah le sekarangni lutut aku buat hal, kalau ditambah lagi dengan soal2 begini, alamat sampai bila pun tak baik2 sakitnya.
Si Angah pulak semenjak dua menjak ni, selalu betul cuba menguji kesabaran aku. Minggu lepas, adalah satu kejadian di mana BB krim yang aku biasa pakai telah hilang, bila diselidik rupa-rupanya telah dimusnahkan dan tube BB krim tu aku jumpa dalam tong sampah bilik air, jangkaan kronologinya mungkin 'si pesalah' ni teringin nak cuba pakai akan tetapi, sewaktu percubaan untuk memicit bb krim tersebut dari tube tetapi termeleleh tumpah ke dalam sinki bilik air. Untuk cubaan membersihkan sinki pula, 'si pesalah' telah menggunakan tangan serta berus plastik yang berwarna hijau untuk membuang saki-baki kotoran yang melekat pada sinki tetapi menemui jalan buntu kerana bb krim tersebut adalah 'oil base'. Keadaan lebih menjadi buruk apabila 'si pesalah' telah cuba membersihkan kotoran tadi dengan menggunakan 'makeup remover' yang berada di atas tangki air tandas duduk di dalam bilik air tersebut. Satu petang, bila balik dari kerja aku jadi hairan kenapa berus plastik yang aku selalu guna untuk basuh kain macam ada sisa2 kotoran warna coklat. Bila aku rasa dgn jari dan hidu, terus aku dapat tangkap yang ianya bb krim aku. Tapi bila ditanya, semua cakap tak tau. Of courselah si Abang & encik suami x pakai, so tinggal lagi 3 orang suspek. Masalahnya, kalau si adik menjadi suspek, si adik hari2 mandi dengan aku & perangai si Adik kalau dia dapat sesuatu yang baru, mesti satu dunia dia nak tunjukkan. Ok, tinggal 2 suspek...Si Along pulak, waktu kejadian, dia takde dirumah sebab 2 hari berada di Seremban sbb kejohanan hoki jemputan. Suspek yang tinggal of course lah..Angah..dan kesimpulannya, hingga hari ni dia menangis2 x mengaku dia yang buat...walaupun hati kecil aku berat rasa memang dia yang buat. Puas dah aku pujuk dan aku ingatkan dia. Bukan aku marah sangat sebenarnya kalau dia dah gunakan barang-barang tu...after all, bukan boleh bawak mati pun barang2 tu semua...soalnya sekarang ialah dia x jujur pada aku sebagai mama dia dan dia x jujur pada diri sendiri. Kenapa mesti menipu??..kenyang ke dengan menipu?..Takkan la dalam rumah aku ada hantu yang suka pakai makeup??..logik ke? jadi aku sekarang dalam usaha untuk psycho dia supaya mengaku & sedarkan dia yang perbuatan menipu dia tu hukumnya berdosa...sementelah lagi menipu pada mama sendiri.
Si Along pulak, semenjak jadi atlet ni, aku jadik rindu pulak dengan dia. Mana taknye, masuk ni dah 2 kali hujung minggu dia takde kat rumah sebab pegi tournament..Alhamdulillah ada jugak yang ikut darah atuk dia, walau tak sehebat mana, tapi dia dah nampak dunia sukan yang boleh bawak dia kalau tak ke merata tempat pun, sekurang-kurangnya dia tak le 'peghak' dengan dunia selain dari dunia remaja dia sekarang ni. Satu perkara yang aku dok ingatkan kat dia ialah dah ini jalan yang dia pilih, yang penting Allah jangan lupa, solat wajib jangan tinggal (walaupun kadang2 aku pon tercicir gak lah) dan pelajaran jangan tinggal. Kalau tahun ni pelajaran dia teruk maka automatik aku akan suruh dia bersara awal dari dunia sukan dia.
Belum reda lagi dengan cuaca jerebu, catuan air serta kehidupan dunia sukan si Along, dah pulak dunia digemparkan dengan insiden Kapal Terbang MH370 yang hilang secara misteri ketika perjalanan ke Beijing. Sampai ketika ini yang dah masuk hari ke-6 masih tak ada sebarang berita yang positif. Yang buat aku nyampah pulak dengan this whole incident is that ada pulak mulut2 longkang yang buat kenyataan2 yang tak masuk dek akal, yang menyelar tindakan2 anak kapal dan yang tak langsung mempunyai perasaan perikemanusiaan, empathy, peka kepada keadaan sekeliling...cubalah kita tempatkan diri kita dalam keadaan mereka..maksud aku kaum keluarga mereka dan orang2 yang mengalami kejadian ini..agak-agaknye apa kita akan rasa. Kami sekeluarga hanya boleh berdoa dan berharap supaya adalah sebarang petunjuk dan berita positif yang dapat kita ketahui harini supaya boleh tindakan lanjut lain diambil demi kesejahteraan bersama.
Kejadian dua hari lepas pula memang diluar jangkaan aku lah bilamana kawan2 sepejabat telah membuat satu keraian kejutan demi menyambut hari kelahiran aku yang ke 39..ye..dah tua kan aku..tapi Allah memang maha kaya..DIA telah pinjamkan aku lagi hari-hari mendatang untuk aku lebih ingat pada DiriNya. Aku sebenarnya agak terharu laa sebab dah lama dah aku tak diberi penghormatan sebegini. So, to all my friends yang ikhlas sayang dan ambil berat pasal diri aku, TQ so very much. Hanya Allah sahaja yang dapat balas kebaikan korang semua...dan tup-tup harini rupanya ada pulak Allah lanjutkan rezeki aku dapat hadiah..Beg Charles & Keith...I LIKE!!...