Wednesday, February 01, 2012

ANTARA QURAN, HATI DAN PENCAPAIAN

Entah atas sebab apa, harini aku telah dipilih untuk menjadi salah seorang peserta kursus yang dianjurkan oleh pihak pengurusan syarikat tempat aku bekerja.  Pada mulanya, aku rasa macam biasalah, bila diarahkan, kita sebagai pekerja hanya mengikut arahan.  Tapi setelah mengikuti dan mengakhiri kursus 2 hari ini, aku rasa ada nikmat kelainan dalam penyertaan aku dalam kursus kali ini (..sebenarnya bukan banyak pun siri kursus untuk 1-1 tahun yg dikendalikan oleh HR syarikat ini, tapi Alhamdulillah, aku terpilih untuk awal tahun ini).  Cara gaya kursus ini dijalankan amat berlainan dengan kursus-kursus oleh pakar-pakar motivasi yang pernah aku dengar melalui pengalaman lampau.  Mungkin pada sesetengah orang, cara ini bukanlah 'CUP OF TEA' mereka, tapi pada aku, ianya amat sesuai kerana majlis-majlis ilmu seperti ini yang amat jarang sekali bagi orang yang mengaku Islam seperti aku dapat peluang untuk hadir.  Bukan senang sebenarnya untuk bertahan selama 2 hari tanpa rasa mengantuk, mentelah pulak dalam majlis ala-ala ceramah agama ini. Kiranya kami-kami yang hadir ini adalah antara 'umat-umat terpilihlah' untuk sesi kursus kali ni (ayat ini bukan berbaur bongkak lagi sombong, tapi lebih kepada keinsafan diri..).

Apa yang menarik pada aku ialah pertamanya mengenai konsultan/pakar motivasi  yang mengendalikan sesi ini. Beliau ni kalau dari segi perawakannya, sangat biasa dan sangat humble walaupun ada title doktor (tak pastilah pulak doctorate itu doctor of philosopy atau medical doctor) dan beliau juga seorang ustaz dan penceramah  bebas yang pernah banyak kali diundang ke kaca TV (walaupun aku tak pernah kenal dengan dia), nama dia Dr. Hj. Mohd. Shafie.  Konsep pembelajaran dia amat senang dan mudah untuk kita cernakan/absorb (kepada orang yang fahamlah) kerana dia menggunakan apa yang sepatutnya dekattt dengan kita iaitu rujukan-rujukan dari kitab suci Al-Quran.  Satu ketika, dia bawa satu isu, "Mengapa kita perlu belajar dari pakar-pakar motivasi terkenal dunia seperti Edward DeBono, Steven Covey dll sedangkan mereka itu kafir? Mengapa nak belajar motivasi dan tindak-tanduk motivasi yang kadang-kadang bercanggah dengan syariat Islam daripada orang bukan Islam?...soalnya lagi, kalau kita solat cukup 5 waktu, kenapa kita tak mahu mencari pakar-pakar motivasi yang turut mempunyai agama yang sama seperti kita untuk mengajar kita sesuatu yang baik dari corak acuan yang kita ketahui baik?...Wah...dalam hati aku..betul jugak cakap dia. Tu lah..kadang-kadang kita ni terlampau sangat di'suap'kan dengan anasir-anasir Yahudi dan Nasrani yang membuatkan kita lupa sehingga kita merelakan sahaja dengan apa juga jenis perbuatan yang disuapkan kepada kita itu. 

Dalam sesi motivasi dia ni, banyak juga la ilmu yang kadang-kadang sebenarnya kita dah tahu tapi oleh sebab lack of exercise, menyebabkan perlunya di refresh semula untuk penambahbaikan diri kita.  Satu perkara pokok yang paling utama dia sebut, kitani samada kecil, muda, tua nak mati besok pagi pun, wajib belajar BACA QURAN.  Kita juga perlu yakin dengan HATI kita bahawa setiap mukmin itu boleh hafal 30 Juz Al-Quran....dengo cam tak percaya je ek..tapi bila dirungkaikan satu persatu disulam pula dengan yakin yang tidak berbelah bagi kepada Allah, maka semua yang dia cakap tu sebenarnya betul belaka.  To summarize apa yang aku pelajari dari semalam hingga petang ini; Pertama sekali, kita mesti baca Quran, kalau tak ada masa, cari masa, kerana dalam masa yang sama dia ajar juga kita tentang pengurusan masa.  Dengan pengurusan masa yang berkesan, segala persoalan yang membuat kita mendapat 2 penyakit yang sangat bahaya (BIMBANG DAN DUKACITA) dapat kita ubati.  Kita manusia ni selalu sangat mengukur PENCAPAIAN itu adalah tangga kepada seseorang itu BERJAYA; tapi sebenarnya Allah mengukur TANGGA KEJAYAAN kita itu dari segi USAHA yg kita buat.  Tak semestinya kalau seseorang tu kaya, jelita, pandai yang amat tu semua adalah datang dari hasil titik peluh dia sendiri.  Cth yg Ustaz tu bagi senang aje, kalau seseorang tu datang dari keluarga yang kaya...maka kekayaan tu  sebenarnya datangnya dari keluarga @ keturunan dia, bukan dia yang berusaha.  Jadi tak semestinya anak orang kaya itu berjaya. Bagi yang cerdik pandai pulak, manusia ni bukan semua Allah letak tahap kepandaian yang sama, kalau tidak, semua la nak jadi bos, takde sorang pun yang nak jadi kerani, tak de sorang pun la juga yang nak jadi tukang sapu dan tukang cuci.  Tapi kalau si 'tukang cuci' tadi dan juga si 'kerani' tadi lebih baik amal salihnya dari seorang 'bos', maka itu yang Allah ukur.


Yang kedua, Bila dah baca, kena fahamkan dan seterusnya amalkan, walaupun sedikit itulah sifat-sifat terpuji yang perlu ada dalam diri kita iaitu berkata benar, amanah/jujur, bijaksana dan jika kita punya ilmu yang baik, kita sampaikan kepada orang-orang yang ada disekeliling kita.  Last sekali, dia tunjukkan teknik dan cara yang betul untuk kita belajar menghafal. 

So, InsyaAllah..mulai saat dan ketika ini, aku berniat dan berjanji Ya Allah, untuk mencuba bersungguh-sungguh untuk dapat belajar Hafazan 30 Juz Al-Quran dengan berterusan.  So, kepada sesiapa yang membaca blog ini, kalau rasa-rasa nak pandai baca quran dan belajar hafal, sekaranglah waktu yang sesuai kerana kita tau ke esok masih ada untuk kita?..Boleh ke kita yakin bahawa petang ini kita akan jumpa keluarga kita?...semua itulah soalan-soalan yang memberi kesedaran pada aku. Aku harap kesedaran ini akan berterusan hingga ke akhir hayat aku.  Moga-moga kita sama-sama dapat keberkatan dan keredhoaan dari Allah sepanjang waktu kita hidup di dunia ini. Aminn.

No comments: