Thursday, February 16, 2006

A STORY OF MY LIFE - INTRODUCTION
Friday, 17 February 2006

It's been what??..a months from the time that I've registered in the page....reading other people's stories is such an interesting thing to do...but..in terms of writing your own?..well although I know that I'm not good at it..but..as long as I'm feeling happy trying...who cares??...

Enough speaking English for today..Rasanya nak start guna bahasa Melayu dulu. Takde apa yang istimewa pon rasanya yang berlaku dalam minggu ni. Untuk permulaan biarla aku kenalkan diri aku dulu...nama sebenar seperti yang mak bapak aku beri ialah Fazilaton..atau nama manja Aton. Buat masa ni aku dah kawin dah dengan sorang anak melayu mix cina..heheh tapi Islam laa...nama dia Rosli..atau nama manjanya Li. Aku baru setahun melahirkan anak kedua aku..dan kedua-duanya adalah puteri-puteri belaka. Yang Kakak nama Dina dan adik nama Mira.

Awal minggu haritu, Dina kena sakit telinga tapi aku tak sempat nak pegi klinik pun untuk bawa dia, sebab Li kena outstation 2 hari (Isnin-Selasa) dan aku pulak tak berani bawak kereta. Tu la kelemahan aku, walaupun ada lesen, tapi disebabkan dah lama tak praktik kan apa yang aku pelajari, bak kata kawan-kawan aku yang mulutnya agak laser...'Kalau setakat lesen beli, masukkan dalam frame, gantung je la kat dinding'..tu la sebabnya...semua nak kena tunggu suami tercinta jugak..hehehe.

Tapi takpe, Alhamdulillah setakat ni kalau Li kena outstation, aku masih boleh pegi kerja..mujurlah ada jiran yang satu ofis ngan aku. Jadi, bila Li takde, dia kena tinggalkan kereta. So, aku boleh pegi kerja dengan kenderaan aku dipandu oleh jiran aku. Amacam...clever tak aku..hahaha.

Petang Selasa, Li balik outstation (bukan jauh pon..kat Dynasty Hotel, K.L je, ada Program Seminar kat sana dengan Mak Cik Tiri si Ina). So aku ajak gi klinik..tapi Li cakap takyah kalau setakat nak jumpa ngan doktor bodoh gile tu..so..kitaorang ambik keputusan pegi jumpa doktor ari Rabu. Bukan ape...selalunye kalau waktu petang, klinik panel takde doktor yang tetap..kekadang doktor ganti laa..ataupun doktor yang tak tau background history penyakit family aku. Tu yang selalu dapat ubat salah laa..salah diagnose laa. Ada sekali tu doktor yang shift petang ni la (hari yang sama..Selasa), diagnose kononnya Dina dan Mira kena virus infection je..padahal dah terang-terang anak aku kena Chicken Pox. Kalau kita melawan kang, sapa pulak doktor ni sebenarnya..tapi itulah sebab kadang-kadang kitaorang terpaksa tunggu dan hanya akan jumpa doktor yang biasa rawat kami je. Unfortunately, this is not the day nor the time. So, my loving hubby ajak pegi cari lauk kat Sungai Buluh. Nak dijadikan cerita, satu the Store Sg. Buluh tu kitaorang dah round tapi lauk mentah semuanya tak menepati citarasa aku dan suami. Mahu tak mahu terpaksalah ke Pasar Malam Paya Jaras. It takes about 10 minutes from The Store to the Flee Market. Yang aku ingat kami beli lauk ayam sebelah, daging lembu 1/2 kg, sotong sikit, jering, buku ABC Dina, Nasi Kerabu untuk Li, Mi Sup untuk Dina dan Mihun Sup untuk aku. Aku tak belikan apa-apa untuk Mira, pasal semuanya tak sesuai untuk perut dia yang setahun jagung tu. Jadi nanti balik aku bagi dia makan Nestum je. Takpun aku masak nasik sket bagi dia makan.

Rabu, aku gi kije lambat sebab bawak anak gi jumpa doktor Linda kat Poliklinik At-Taqwa. Alhamdulillah, nasib kami baik.

Sekarangni jam 12.45..waktu rehat..laki aku ajak gi praktis main bowling la...babai..esok sambung lagi ok.

No comments: