KERJA, PETANQ, KARNIVAL SUKAN DAN AKU..
28 Jun 2007
Waktu aku mengetuk-ngetuk dalam blog ni, suami tercinta aku sedang dalam perjalanan ke tempat interview buat kali keempat selepas kontrak beliau dengan satu kelab golf ni habis pada 15 Jun lalu. Jadi, sekarang masih dalam mencari pekerjaan untuk menyara keluarga aku yang bakal bertambah satu lagi Insya Allah awal tahun depan.
Haii...entahlah...aku harap dan doakan supaya suami aku yang tercinta ni dapat seperti apa yang diidamkan, kerja tetap yang boleh menjamin kehidupan kami sekeluarga. Kalau ikutkan hati, mahu je aku suruh dia meniaga tapi masalahnye, modalpun kami takde,..camana nak meniaganye..hehehe. Takpe laa..kalau tak berjaya yang ni, cuba lagi...Insya Allah rezeki tuhan tu ada di mana-mana. Bukan 'orang tua' tu yang bagi dia makan...(Ofis lama dia).
Dah lama juga aku tak masuk blogpage aku ni ye...dah lebih dari 2 bulan kalau tak salahnye. Tapi nak buat camana, masa tak mengizinkan. Kekadang masa ada, cuma kesempatan pula yang takde..ada pulak tu, bila semua dah ok...server pulak yang tak ok. Dah satu opis aku jadi haru biru dek kerana tak boleh nak guna internet dsb.nya. Kira banyak jugak peristiwa suka duka yang dah berlaku dalam hidup aku ni diwaktu tu. Aku menghabiskan pelajaran kemahiran memandu aku ngan Kak Olli (personal Instructor)...dia ni kakak officemate aku...so dapat murah le sikit..lagipun pada aku dia ngajar bagus...tak garang dan kita pun selesa bila belajar ngan dia. Bayaran...aku janji lepas dapat gaji..Dia cakap ok..Yang tak oknye..aku terpaksa bayar dia 2X sebab aku ada masalah kewangan. Takpe laa...janji aku bayar. Bukannye aku lari ye tak..
9 Februari aritu (Jumaat), aku sambut Hari Jadi Abang di rumah je...aku jemput kawan baik dia si 'kartunis' A'an ke rumah. Baru tu laa aku dapat tengok dia secara live. Orangnye ok..boleh tahan, pandai berlawak dan muka ala-ala masuk laa dalam kategori cun...tapi bukan taste aku...heheheh...sebab dia takde misai dan tak pakai cermin mata...Abang habiskan semalaman dengan dia bersembang kat rumah sampai nak dekat awal pagi...tapi takpe..janji depan mata aku...bukan gi tempat yang aku tak tau...hehehe...Laki beb...cemburu tu wajib bagi isteri.
All in all, sejuk gak le hati aku bila tengok dia seronok ngan 'hadiah' aku untuk dia. Tapi dinner aku ada sedikit spoil,...bukan ape aku punya laa masak konon grand laa...main course : Ikan Bawal Masak Kari, Sayur Asparagus Udang Bercili...sekali si A'an ni...rupanye makan ikan sardin ajee....huk alaa...senangnye sapa jadi bini dia ni..hari-hari idang ikan sardin kat laki....tapi nasib baik dia nak makan sayur aku...sampai menjilat jari laa...nasib baik jugakla aku goreng telur dadar...habis juga..sampai licin...hehehe...macam-macam laaa perangai si A'an ni.
Esoknya lepas aku habis kerja (Sabtu), abang ambik dan terus pegi kenduri kahwin Dekmad, adik officemate aku kat Keramat. Sedap gak...maklumlaa makan free. Cuma masa nak masuk dewan tu, rerasa macam gi majlis untuk ala-ala 'Godfather' plak..sebab semua yang ada kat pintu depan, orang rewang, semuanya budak-budak pakai baju t-shirt hitam. Bila tanya ngan kawan aku, barule aku tau, si Pengantin ni ada 'klik' dia tersendiri. Tu yang sekali ramai turun, macam kumpulan mafia turun meeting je tu...hehehe...jangan marah kakak Pengantin...gurau je.
Cuti Tahun Baru China haritu aku berpeluang balik kampung aku..tapi tak lama sebab kewangan tak berape mengizinkan. Cukupla untuk aku melepaskan rindu dendam kat mak aku dan kakak aku. Untuk aku melepaskan rindu nak makan Soto dan Mee Bandung di Kedai Bonggol...pastu hari malam makan Yong Taw Foo dekat Stesyen Bas...Peh..sedapnyeee.....
Anak-anak aku pon dah sampai tak kenal ngan "Mak Tua" diaorang..cuba la bayangkan...punya dah lamanye kami tak balik..bukan tak nak balik...tak mampu nak balik sebenarnya. Tapi takpe laahh...lupakan saja bab tu..dah berlalu pon.
22 Jun (Jumaat), aku, Fiza dan CT (satu team) turun ke SM Seksyen 27 sebab bertanding lawan Petanq sempena Sambutan Kejohanan Petanq Peringkat Negeri Selangor. Kami menjadi satu-satunya wakil wanita untuk kelab kami. Kelab hantar 1 team wanita dan 1 team lelaki. Penat gilee..rasanye...bukan penat main..tapi penat menunggu giliran. Maklumlah...buat kat sekolah, besar mana sangat padang yang dia boleh provide utk game ni..setakat 5 gelanggang adalah dan dikongsi seramai lebih dari 20 team (Triple). Itu yang pertandingan awal buat sistem double knock-out, 11 mata dan bermula separuh akhir baru bermula dengan 13 mata tu.
In the end, team aku dapat nombor 3. Kuasa Allah..kira dah bersyukur la jugak bagi kami yang dah lama tak pegang bola, dah lama tak turun training,..tup-tup dapat nombor 3....out of 8 penyertaan team wanita. Aku dan the rest of the team redha dengan apa yang kami dapat.
Bagi aku sendiri, dengan nak melayan anak-anak yang jaraknye rapat tu (setahun 1) ...dah berapa tahun dah aku 'bersara' seketika dari sukan ni. Ni le baru nak bergiat balik. Tapi rerasanya macam Allah tu tak bagi agaknye aku ni aktif sangat...sebab...sekarangni aku sedang dikurniakan zuriat yang sepatutnya aku berusaha ke arahnya tahun depan..Alhamdulillah.REZEKI....Laki aku tersengih-sengih macam kerang busok bila dapat tau aku pregnant....heheheh.
Berbalik kepada Sukan Petanq ni, pada hari tersebutlaa, perlawanan mula jam 10pagi dan habis lewat jam 6.30 petang dalam keadaan hujan lebat (sebelah petang laa..)All in all segalanya berjalan dengan ok..cuma...kitaorang tak puas hati la sket ngan sikap-sikap pemain-pemain yang baru nak naik ni...dengan sombong bongkaknya, dengan perasan diri bagusnye...dia tak sedar, game ni waktu diaorang hingusan, masih pakai uniform sekolah lagi kami dah main, bila lawan ngan kami, tunjuk eksi lebih pulak..Langsung tak hormat dengan pemain macam aku ni yang dah berkecimpung dalam game ni dari semenjak belum diperkenalkan dalam Sukan SEA lagipun.
Kalau ikut sejarahnye, aku dan beberapa kawan lain yang layak sebenarnya hampir dipilih sebagai atlit Malaysia bagi sukan ni. Waktu sirkit kebangsaan pertama dulu, kami adalah antara sepuluh individu yang terbaik yang masuk dalam ranking untuk menjadi atlit ke Sukan SEA Malaysia. Waktu tu kalau tak silap aku tahun 99 atau yang sedekad dengannya. Masalahnye, kami semua telah 'diharamkan' oleh 'Board' dan Pengurusan Kanan kami kerana akan mengabaikan tugas & tanggungjawab sebagai pekerja. Jadi, perasaan, harapan dan cita-cita kami terkubur saja disitu tanpa nesan. Betapa sedihnya kami waktu tu...tapi apa nak buat, kami mencari rezeki, terpaksa akur dengan arahan dan keadaan yang tak mengizinkan.
Moral of the storynye sekarang, kami bukanlah mintak banyak, cuma hormat dan berbudi bahasalaa sesama manusia. Ini, bila kami senyum dah la senyuman tak dibalas....siap-bincang sesama sendiri sambil tengok muka kita macam ala-ala kelakuan nak mengumpat orang....APE KEJADAHNYE....hendak-hendak team yang kononnye wakil Sekolah Menengah Rawang tu...padahal kerja kat Penjara, pakai baju sponsor MPAJ...ntah apa-apa ntah. Kalau kami protes buta-buta je kemenangan pada team kami. Tapi kami tak nak cari gaduh...So sesiapa yang rasa termasuk dalam page 'luahan rasa' aku ni dan kebetulan ada kena mengena dengan isu ni...Pikir-Pikirkan la yee..
Hari Sabtu depan, 7/7/07 Kelab Sukan aku buat Karnival Sukan bertempat di Padang PKNS Kelana Jaya. So, aku register utk main Petanq dan Bola Tampar. Memandangkan zaman aku main bola jaring dah berlalu, aku memilih jalan selamat utk tidak 'terkinja-kinja' memandangkan dengan keadaan aku sekarang yang baru lagi 'berisi' nye..tapi bila semalam aku dapat cerita semua permainan akan diadakan serentak....Cehh...jawabnya aku dapat main satu game je laa...apala 'penganjur' ni...tak pikir langsung kebajikan ahli...ikut sedap sesuka hati dema je buat perancangan. Betul ke tidak,,,kita tunggu je Sabtu depan. Yang pasti on-going sekarang, aku dah jadi Johan Petanq Wanita Double - bermakna mata untuk Rumah Biru (Sistem Mata utk dapat Piala Pusingan), dan yang sedang berlangsung, aku kalahkan kawan aku dari rumah kuning untuk Game Karom (Wanita Single) peringkat saringan..sekarangni tengah tunggu untuk perlawanan seterusnya.
Bercerita tentang aku....hemmm..seperti yang telah dimaklumkan awal tadi, waktu ni aku sedang mengandungkan Isnya Allah anak yang ketiga. Waktu pertama kali diagnose tu, Doktor cakap kandungan awal, baru berumur 2-3 minggu. Awal minggu ni (26/6), aku pegi scan dan doktor, aku & suami dah nampak jantung fetus bergerak dengan lajunya. Doktor kata itu dalam keadaan normal..dan dia happy dengan keputusan itu. Cumanya sekarang I have to get my Boss to approve that I'm using this doctor's service sebab klinik yang aku pegi ni klinik pakar..dan kompeni aku ni tak cover untuk pemeriksaan pakar...unless I have valid reason & reference letter from the panel clinic doctor. Itulah yang sedang aku usahakan sekarang memandangkan aku setakatni memang ada masalah teknikal pun. Sebab utama adalah kerana IUCD Failure.
Kepada sesiapa yang tak tau, IUCD tu adalah salah satu teknik/method untuk merancang keluarga. IUCD tu adalah gegelang copper yang dimasukkan ke dalam faraj wanita untuk menutup laluan sperma lelaki supaya tidak ada persenyawaan yang terjadi sekiranya sesuatu 'perhubungan intim' terjadi. Tempoh masa penggunaan (Expiry Date) ada dua, 1. Untuk selama 3 tahun dan 2. Untuk 5 Tahun. Kos juga berbeza. Yang aku tau, utk 3 tahun hanyalah RM250...sebab aku pakai yang 3 tahun. Masalahnye...baru 2 tahun lebih...dah gagal berfungsi dengan sempurna. Itulah serba sedikit ilmu yang aku boleh terangkan berkenaan IUCD. Ada banyak lagi kaedah lain sebenarnye untuk merancang keluarga ni, cuma atas nasihat doktor, aku hanya boleh menggunakan IUCD. Antara lain ialah memakai IMPLANON iaitu 'menanam' sejenis strip di bahu kiri..ini memerlukan minor surgery dan sangat mahal harganye, kalau nak Free, kena pegi daftar ngan ada satu jabatan yang menyediakan khidmat Perancangan Keluarga ni...aku tak berapa ingat nama agensi tu..tapi kena ikut giliran le plak. Tapi setakatni memang terbukti berkesan...masalahnye, bagi aku yang ada Penyakit Asthma, doktor tak bagi sebab ada kesan sampingan. Pengambilan pil juga sama...masalah besar aku ialah..aku ni bukanle berdisplin beno orangnye...hehehe..karang kalau tertinggal makan ubat satu hari....hehehe..paham-paham je laa ye.
Apa-apapun, Aku redha dengan pemberian Allah ni...aku cuma boleh cuba yang terbaik, berdoa dan berharap tuhan bukakan hati Boss aku ni untuk approve rawatan aku ni...Ameenn.
Wassalam
No comments:
Post a Comment