KERJA, KERJA dan HIDUP SOSIAL AKU...
9 Ogos 2007 (Khamis)
Aku baru je selesai segala kerja-kerja yang boleh dikategorikan sebagai 'priority' oleh boss aku. Kerta Kerja untuk General Assembly dah siap. Handouts dan powerpoint presentation boss pun dah siap. Kertas untuk edaran kepada Sidang Media mengenai SKM pun dah settle. Yang tak settle lagi ialah nak mengisi borang tempahan tiket sepanjang Persidangan berlangsung ke seluruh negeri. Tapi itu InsyaAllah boleh dibereskan dalam waktu terdekat ni.
Yang tak sampai-sampai hajat aku ni ialah nak membereskan kerja-kerja memfail surat. Dahle aku tak berapa nak gemar ngan kerja ni...tak siap pulak...hiisshhh...Pening kepala dibuatnya.
Tapi semua tu kan asam-garam hidup bekerja...mahu tak mahu pun, aku kena hadapinya jugak la.
Alhamdulillah..sekarangni aku dah boleh senang hati la sikit sebab suami tercinta aku dahpun mendapat kerja. Dia start kerja pd 26 Jun 2007 hari tu. Betapa bersyukurnya aku pada Allah atas berita tu. Aku dahpun menyempurnakan nazar aku iaitu berpuasa sehari seminggu selepas dia mula kerja. Walaupun gajinya tak seperti apa yang dia pernah dapat sebelum ni, tapi cukuplah untuk menampung mana-mana yang patut.
Sekurang-kurangnya aku tidaklah rasa tersepit dek kerana masalah kewangan yang menimpa kami 2-3 bulan kebelakangan ni...Lagipun kompeni ni, kompeni besar, salah satu rangkaian pusat beli belah yang terbesar di Malaysia...kerja dia sama jugak macam kerja dulu, masih lagi di pejabat. Waktu kerja 9-6, Sabtu-Ahad tak kerja. Kira aku terpaksa susah sikit laa...sebab dia akan hanya hantar je aku ke ofis dan aku kena balik sendiri tumpang kawan etc. Tapi yang penting aku, suami dan anak-anak happy.
Baru-baru ni, kami ada balik ke Tanjung Malim : sebab utamanya ialah nak mengambil barang-barang untuk hantaran kahwin kawan aku yang dia tempah dari biras aku (Biras aku ni Mak Andam)...sebab sampingannya pasal laki aku dah lama tak jumpa ngan abang dia...so..kesimpulannya dah terubat laa sket kerinduan dia tu. Kami tidur satu malam dan esoknya kami balik. Anak-anak jangan cakaplaa...sampai taknak balik bila dah jumpa dengan sepupu-sepupunya tu. Aku jugaklaaa...yang masuk angin keluar asap...tak dapat balik Muar.
Haritu aku telefon Mak, dia tanya bila aku 'n family nak balik...mak dah rindu kat cucu-cucunye...aku takleh nak bohong lee..aku cakaple buat masa ni, kewangan tak brape nak mengizinkan untuk balik. Nantilaa..InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti aku balik. Nak menitik jugak air mata aku bila mak cakap camtu. Bukannya kami taknak balik...tapi tulahh..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnye.
Tapi, banyak juga info yang aku dapat dari Mak pasal apa yang berlaku dlm keluarga aku lately ni. Adik dah ok semula ngan isterinya. Khabarnye, wife dia dah balik ke pangkuan mak-bapaknye dan sedang bekerja di Hometown dia.
Adik pulak dapat ambik 'benda-benda' yang ditanam kat jalan menghala nak masuk ke rumah aku...tapi rupa-rupanya tak habis ambil. Mak dahpun minta ada sorang ustaz tu tawarkan benda-benda yang masih lagi tertanam depan rumah tu. So, InsyaAllah lepasni takde ape lah lagi yang nak jadi kot. Aku happy bila tau adik dah ok semula tapi rasa macam tak berapa boleh lagi nak accept apa yang 'adik ipar' aku tu buat pada mak aku hingga kami sekeluarga mendapat malu yang besar dulu. Takpe laah...only time will heal the pain...moga-moga 'luka' tu cepat sembuh..cuma parutnya akan kekal sampai mati.
Satu lagi berita baik yang aku dengar dari mak...yang my loving sister sekarang dah berjumpa dengan 'kumbang idaman'nye...hehehe...tapi mak tak bagi aku tanye sendiri ngan dia...takut nanti dia marah pasal mak menyampaikan berita gembira ni kat aku. So, kalau bila-bila aku balik tu, aku akan make sure yang aku buat 'bodoh' je pasal ni...macam takde apa-apa yang terjadi gitu...hehehe. Baguslah...umur dia pun dah lanjut...mak aku pun dah tua. Aku suka kalau dia dapat dirikan rumahtangga dan keluarga yang bahagia. Aku doakan agar akak aku tu bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga bakal suaminya tu seorang yang memahami, yang kuat pegangan agama, yang tak cepat panas baran dan yang paling penting sayangkan kakak aku dan keluarga kami terutama mak aku...dan yang tak mata keranjang...Aminn.
No comments:
Post a Comment