8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429
Alhamdulillah
Hari Raya Aidil Adha tahun ni takde insiden sedih yang berlaku. Sepertimana hari-hari biasa, tapi yang membuatkan aku rasa amat bersyukur ialah, tahun ni, Suamiku yang tercinta mula dengar cakap aku...selalunya waktu Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha, aku yang pegi tapi tahun ni, dia pulak yang beralah dengan aku. Mungkin sebab aku ada anak kecil yang perlu aku jaga agaknye...kalau tidak, semenjak kahwin sampai laa tahun lepas, asyik aku jee yang pegi solat.
Bukan ape, aku kekadang tu jeles laa gak, waktu solat Aidil Fitri dah berapa tahun dah aku miss dek kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan itu memberi beliau kesempatan untuk meninggalkan aku dirumah bersama anak-anak...
Lepas menyiapkan juadah Hari Raya...(takde yang spesel pon...cuma Soto Ayam kegemaran anak-anak je)...kami makan bersama...lepas tu rileks sekejap sambil telefon Ibu kesayangan ku yang ada di kampung. Mintak ampun, mintak maaf sebab tak dapat pulang beraya, sebab suami bekerja hingga lewat malam, jadi dah tak berdaya nak drive untuk long distance.
Dicampur pulak dengan aku yang dalam keadaan berbadan dua ni...ishh..kekadang payah jadi pompuan ni tau..nak bawak perut sendiri pon dah tak larat.
Jam 4 petang, kami bertolak ke Kelang beraya di rumah Kak Uda aku. Perghh...sedap juga juadah yang kakak aku sediakan...kenyang laa perut aku sekeluarga...Nasi Tomato...aku tak pandai dalam hal penyediaan ni...aku cuma pandai makan je..hehehe.
Menjelang Maghrib, selepas solat, kami bertolak pulang ke rumah..esoknye nak kerja pulak...aduhhh...letihnya badan...kalau boleh rasa macam nak cuti seminggu je...tapi apakan daya..akuni kan ke seorang yang setia dengan kompeni tpt aku bekerja..jadi kenala aku singkirkan awal-awal perasaan MALAS aku tu.
No comments:
Post a Comment