DAN RAMADHAN PUN MENJELMA
13 September 2007 bersamaan 1 Ramadhan 1428 (Khamis)
Assalamualaikum...
Harini hari pertama umat Islam seluruh dunia menyempurnakan rukun Islam iaitu Berpuasa. Bagi aku, aku rasakan tahun ni adalah tahun yang amat banyak dugaan dan cubaannya. Walaupun aku redha dengan apa yang telah berlaku, tapi kadang-kadang kita sebagai manusia biasa tak dapat lari dari rasa sedih dan sayu bila sesuatu dugaan itu dicuba ke atas kita insan yang kerdil ni.
Aku bukan ingin membuat perbandingan dengan orang lain. Aku tahu ramai lagi orang yang susah, daif apatah lagi miskin yang menyambut kedatangan Ramadhan dengan serba sederhana dan serba kekurangan.
Cuma aku tak pernah hadapi semua ini sendiri sebelumni. Dulu aku ada mak, ada adik-beradik untuk kami sama-sama kongsi masalah, tapi sekarang aku telahpun punyai keluarga sendiri. Walaupun mak masih ada, tapi aku rasa tak wajar untuk aku menyusahkan beliau dengan masalah yang kami hadapi sekarang. Adik-beradik pun sama, semuanya punya keluarga sendiri untuk difikirkan. Cubalah bayangkan, hari pertama Ramadhan, takde apa yang aku hidangkan untuk suami aku di pagi Sahur. Hanya sepinggan nasi dan sup telur 2 biji. Aku sendiri tak sampai hati nak makan. Dan di pagi itu juga, aku hanya sempat menjamah 4 suap nasi berlaukkan sup telurtu sebelum anak kecilku menangis mencari 'Mama'. Aku rasa sungguh terharu dengan nasib akuni. Tapi Alhamdulillah...cukuplah. Semoga ianya mampu menahan nafsuku esok.
Aku tidur semula bersama anak kecilku selepas aku berniat puasa Ramadhan. Dada terasa lapang semula bila aku teringat tentang malam semalam ketika di birai katil, aku sempat membaca ayat suci Al-Quran lepas solat Isyak malam tadi. Hati aku terasa aman...tapi sampai bila??..akupun tak tau.
Petang tadi, Kak Epol call aku bertanya khabar...Alhamdulillah, rupanya ada juga insan yang ingat untuk mengucapkan selamat berpuasa padaku. Aku sambut salamnya dan berbual seketika walaupun masatu aku agak sibuk dengan tugasan yang diberi oleh majikan. Aku baru saja memaklumkan kepada Kak Epol tentang diri aku yang dah berbadan dua ni. Dia terkejut juga sebab tak menjangka...mungkin sebab masa bulan Mei haritu, bila aku balik kampung berjumpa dengannya, belum lagi ada tanda-tanda yang akuni dah hamil.
Walaubagaimanapun, dia gembira dan nasihatkan aku agar banyak-banyak bersabar...maklumlah..anak kecil aku sekarangni asyik buat perangai yang bukan-bukan je...yang mampu menaikkan kemarahan aku. Aku faham maksud Kak Epol dan aku berterima kasih atas nasihatnya itu.
Jam sekarang lagi 15 minit nak pukul 5.00 petang. Kejap lagi aku kena turun bawah tunggu suami ambik aku. Harini tak berpeluang nak tumpang kawan-kawan sebab sorang cuti tahun, sorang cuti emergency dan sorang lagi tak dapat dikesan. Nak naik bas, aku tak bawak duit harini. Maklumlahh...aku tak jangka laa...benda-bendani nak jadi, so buat apa nak bawak duit, bukannya dapat makan pon. Kan ke bulan puasa..
Kepada sesiapa yang terbaca blog ni, aku ucapkan Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan selamat berpuasa. Semoga kita sama-sama mendapat kenikmatan pahala, ketenangan dan keredhaan dari Allah hendaknya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment