Thursday, October 15, 2009

16 Oktober 2009

LIFE GOES ON

Untuk kedua kalinya, aku 'menyambut' hari raya di pejabat harini. Ini semua idea J/Kuasa Audit Dalaman kami laa ni. So,..agenda utama harini ialah..makan..makan..makan..dan makan. Tapi takpe..aku dan kekawan lain akan berusaha 'bersungguh-sungguh' untuk menjadikan jamuan ini suatu event yang sukses. Bukan susah pon..makan je..tangkap gambar sket..pastu dah..pos la dalam blog ni...hehe.

Aku dan engkau pun tahu, dah hampir setahun aku tak mengisi kekosongan blog ni..pasal apa??..ntah lah..bukan disebabkan minat yang makin hilang..tapi, yelah..mungkin kerana kekangan kerjaya..cewahhh...dan benda-benda lain yang tak memungkinkan aku menulis lebih lanjut tentang isi hati aku ni...dan mungkin juga terkadang..rasa malas yang semakin menjadi-jadi semenjak dua ni kot..

Anyway, untuk pembaca budiman sekelian..(ada ke orang baca blog aku nih??..takde lagi bagos..hehehe..selamat citer akuni)..aku kira 'baru' la melahirkan zuriat yang ke-4 pada Jun lalu. Macam-macam dugaan dan cabaran sementara nak menunggu anak membesar seperti sekarang. Tak pernah seumur hidup aku, terpaksa duduk di wad NICU dek kerana anakku yang kecik ni kena kuning yang amat tinggi.

6/6/09 - Tarikh keramat bagi anakku Hani yang lahir dengan keadaan cukup sifat. Malangnya aku dimaklumkan oleh misi klinik desa, anakku kena demam kuning dan menasihatkan aku cepat-cepat bawa anak ke Hospital untuk pemeriksaan darah. So 8/6, bermulalah hidup aku di Hospital Pakar Muar; mulanya memanglah sungguh menyedihkan. Bayangkan, anak yang baru aku lahirkan sehari dua sudah diletakkan dalam 'cot' yang tranparent dan dijemur atas dan bawah sinaran lampu UV dengan keadaan hanya memakai penutup mata sahaja sambil bertelanjang bulat. Sebagai ibu...adakah engkau tergamak melihat keadaan ini???..tapi itulah yang wajib dihadapi kalau nakkan anak kita sembuh. Setiap kali anak menangis, akupun menangis sama. Hati aku jadi sebak setiap kali melihat dan mendengar tangisan Hani. Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah dan kesabaran yang Allah kurniakan, akhirnya pada hari keempat, ukuran TSB (ukuran kuning dalam darah) telah menurun dengan banyak dari 480 kepada 156. Petang tu kami pulang ke rumah ditemani oleh kakak aku yang banyak telah bersusah payah untuk kami anak-beranak...TERIMA KASIH Kak...

Habis bab kesihatan anak, aku mula menjaga kesihatan aku pulak. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Suami tersayang yang banyak mengambil berat selalu bertanya khabar dan pulang ke kampung bila ada waktu terluang. Kasihan jugak aku padanya kerana terpaksa untuk sementara waktu menguruskan anak kami yang sulung dek kerana sudah mula bersekolah.

Cukup waktu berpantang, kami pulang ke rumah sendiri dengan rasa syukur yang tak terhingga dipanjatkan kepada Allah kerana memberi kami ibu dan saudara yang sangat menyayangi kami tanpa berbelah bagi, menjaga aku dan anak-anak dengan sebaik-baiknya sewaktu ketiadaan suami disisi.

Hal rumah aku uruskan seperti biasa cuma aku menjadi sedikit tertekan dek kerana anak-anak yang membesar selalu memberi aku cabaran yang kadang-kadang kurasakan amat 'hebat'. Akhirnya aku dan suami ambil keputusan untuk mengambil pembantu. Masalah pulak disitu...ada saja yang tak kena. Pembantu pertama, lari dari rumah ketika aku berada di dalam bilik. Baru bekerja 3 hari, entah apa salahnya, alih-alih bila ku buka pintu bilik, anakku bertanya 'Mama, bibik mana?..', aku yang tak memikirkan yang buruk-buruk waktu tu terus menjawab 'dekat dalam bilik air la kot..kenapa Mira nak sibuk-sibuk pasal bibik, biarlah bibik mandi agaknye.' Tapi anakku menjawap, 'Mira dah cari semua tempat, tapi bibik takde Mama..'. Waktu itu jantung ke berdetap..rupanya pintu grill telah dibuka dengan perlahan dan dia entah ke mana...Nasib baik tak dilarikan anak aku. Pembantu kedua-baru bekerja 3 hari juga tetapi dah pandai buat kira-kira nak balik kampung sendiri tahun depan. Jadi sebelum terjadi kesusahan yang lebih pada aku, baik aku pulangkan saja pada ejennye. Yang ketiga-Alhamdulillah...kalau nak ikutkan dari segi mutu kerja, ketiga2nya bagus, cuma yang ini, memang dia seorang yang penyayang...setakat observation aku selama 3 bulan ni laa. Malangnya, dia ada anak di Padang, Sumatera dan kerana telah berlaku bencana di sana, dia takut anaknya ditimpa kemalangan yang tak diingini....so, sekarang dia nak balik dan mungkin takkan datang lagi ke sini buat masa yang lama....Ishh...Ishh..kesian akuu dan anak-anak...Pening kepala aku sekarang nak mencari pengganti dia. Tapi aku redho..semuani ada hikmahnya. Kita tunggu dan lihat sahajalah.



No comments: