Tuesday, December 01, 2009

2 Disember 2009
RAYA HAJI, HAJI DAN KERJA
Disember datang lagi...waktu ni aku baru je lepas habiskan kerja-kerja yang tertangguh. Cuma tinggal nak update file je. Itulah satu-satunye perkara hakiki..yang paling meluat aku nak buat...tapi hidup perlu diteruskan..dan kerja juga wajib diteruskan. Harini genaplah 2 minggu aku bekerja tanpa bos disisi...kerana menyahut panggilan Haji...aku doakan semoga segalanya berjalan seperti yang diharapkan. Semoga tuhan membukakan hatinya untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelumnya. Semoga kepulangannya nanti menjadi satu kepulangan yang dinanti-nanti oleh kami semua. Dan yang penting, semoga beliau mendapat haji yang mabrur.
Aku sentiasa berharap satu hari nanti, bila Allah memberi aku peluang untuk ke sana, aku juga ingin sekali kesana bersama satu keluarga atau setidak-tidaknya bersama suami tercinta dengan keadaan yang tenang dan bahagia serta dengan rasa syukur yang amat sangat kerana peluang tersebut menjemput kami. Alangkah bahagianya disana...aku seperti rasa terbuai-terbuai dan terpanggil-panggil...dan rasa sedih mengenangkan bila laa agaknya aku pun akan merasa nak ke sana.
NAK MINTA HUTANG JANGANLAA MACAM GENGSTER..
Takpe laa..kita lupakan dulu soal itu. Semoga Allah panjangkan umurku, suami serta keluarga kami untuk berhadapan dengan Kaabahnya nanti.
Hari aku berjaya melawan nafsu jahatku. Kadang-kadang hati ini terlampau sakit apabila kawan-kawan sendiri tidak dapat menghargai perasaan kawan. Maka terjadilah perlakuan-perlakuan yang rasa-rasanya pada hematku tidak dapat diterima akalku yang satu ini. Tergamak kah engkau sebagai kawan bertindak seperti mafia ke atas kawan sendiri...???..entahlah..tapi itulah yang aku rasa for the past few days. So, kesimpulannya, aku telah tidak memperdulikan 'kawan' tersebut walaupun aku tau terkadang dia mempersoalkan perlakuan aku yang agak tidak memperdulikannya.
Tapi harini, aku berjaya memujuk diriku supaya melupakan soal 'kemeluatan' (hehehe...ada ke ayat ni??) aku kepadanya untuk beberapa hari lepas...
Aku katakan pada diri sendiri...dia tu manusia biasa...ada masa dia buat salah...ada masa kita buat salah...jadi...apalah sangat dengan perbuatan dia tu....(walaupun dia telah membuat aku menangis atas ketidakprihatinan dia itu!!)....AKU MAAFKAN DIA...
Tapi rasanya lepasni mungkin aku serik laaa koott..nak kirim dia beli tudung lagi kot...hehehe...Well...scars needs longer time to heel...if u know what I mean.

1 comment:

Nina Nazar said...

yea yea aku tau sapeee....