Thursday, January 06, 2011

Jumaat (7/1/2011)




Salam kepada makhluk Allah sekelian alam. Semoga semuanya memulakan tahun 2011 dengan sebaik mungkin.


Walaupun dah lama tak ada apa-apa berita menarik, tapi kisah hidup aku perlu juga diteruskan. Untuk tahun ini, banyak yang aku nak kongsi dalam blog ini tentang perjalanan kehidupan yang aku selalu alami yang aku rasa semacam Dejavu..sebab kadang-kadang aku rasa aku dah lalui satu-satu situasi...tapi rupanya..kembali semula ke dalam situasi yang sama. Itu kadang-kadang lah..tapi bukan itu pokok utama yang aku nak ceritakan sekarangni.


Di akhir tahun 2010 yang lalu, ada laa beberapa peristiwa yang aku tak dapat lupakan, dan aku rasa-rasa hampir menduga aku sebagai umat manusia, sebagai seorang Islam dan juga hampir-hampir lesu dek stress kerana memikirkan ketentuan yang telah ditakdirkan berlaku pada aku.


Dengan apa yang terjadi, terbitlah satu AZAM baru dalam diri aku supaya untuk jadi manusia yang baik, yang disenangi - aku WAJIB ada sifat SABAR YANG BANYAK...DAN..aku wajib KAWAL KEMARAHAN aku...dengan erti kata lain..aku rasa iman aku belum betul-betul cukup tebal untuk jadi umat Islam yang dikasihi Allah..


Setakat 7 hari berlalu dalam tahun 2011 ini, Alhamdulillah..belum ada lagi dugaan yang hebat (kalau boleh dijauhkan laah) yang memerlukan aku supaya banyak-banyak bersabar dan mengawal kemarahan aku. Tapi benda ini telah terjadi di kala penutupnya tahun 2010. Aku telah dengan tidak sengaja dan tidak ada niat, telah menyakitkan hati banyak orang aku rasa dan salah satunya adalah orang yang aku anggap seperti 'adik' aku sendiri. Mungkin dia tak menganggap aku begitu, itu yang dia mampu mengeluarkan kata-kata kesat di belakang aku yang membuat aku sedikit terkedu. Aku rasa dalam tahun lepas, aku takla terlalu ambil kisah pasal orang lain, kebanyakannya aku dengan hal aku..tak tau la pulak ada yang tak berapa suka dengan sikap aku nih. Tapi itulah hakikat manusia, selagi kita bernama manusia rupanya ada sahaja manusia lain yang tak senang dengan kita. Tapi takpelah..tahan je la dan redho je la apa orang nak kata...sebab..aku selalu bersangka baik dengan orang...tapi tak sangka pulak ramai orang yang bersangka buruk dengan aku...Wallahualam.


Akhir tahun lepas, ada orang merasa sangat sakit hati dengan aku, tapi bila aku dapat tahu, aku minta maaf, aku tak tahulah dia maafkan ke tidak. Dengan ikhlas dan jujur dari lubuk hati aku, aku tak pernah salahkan dia atas apa yang berlaku, mungkin keadaan jugalah yang membuatkan dia terpaksa menerima sikap aku yang 'rimau' ni yang membuatkan dia menghamburkan kata-kata yang aku rasa kesat di laman FBnya. Waktu itu, aku cuma fikirkan adalah amat tidak patut bila ibu kepada seorang CEO meninggal, wakil dari HR takde, maka memegang kepada fakta itu, aku tak dapat terima dengan alasan HR ada benda lain yang perlu dibereskan. Aku bukan paksa untuk dia pergi, cuma sekurang-kurangnya adalah seorang wakil, wa'ima kerani sekalipun yang pergi, aku rasa dah cukup. Rupa-rupanya HR ada hantar wakil. So, aku takdela rasa terkilan sangat. Rupa-rupanya bila aku dah kesana to pay my respect to my bos's mom, aku pulak dicop sebagai 'Pilih Bulu' oleh kawan-kawannya. Dan beliau juga telah menguatkan lagi kenyataan kawan dia dengan mengatakan aku hanya pilih orang untuk melawat sedangkan kakitangan dia masuk wad sebulan, aku tak pernah langsung AMBIK KISAH nak pegi jenguk.


Masalahnya, dah kerap kali dah aku bertanya pada sesiapa antara rakan sekerja yang nak pergi, boleh tak tumpang sebab nak pegi sekali dan setiap kali itulah jugak diorang jawap kenderaan dah penuh...mentang-mentang la aku ni tak bawa kenderaan sendiri, sampai hati orang sanggup anggap aku macam tu sekali. Nak pegi sendiri aku mana tau jalan. Nak pergi dengan laki aku jauh sekali laa...dia bukan baik sangat dengan kakitangan terbabit..jadi aku lah yang tersepit kat tengah-tengah..dan kali ini aku lah juga yang orang pandang 'culprit' nya. Takpelah..kalau sampai ke harini pun dia rasa aku kuang hajo...tolong la ajokan..sebab mak-bapak aku memang tak pernah ajo aku jadi kuang ajo..kalau aku jadik kuang ajo tu...sebab aku sendiri laa. Yang lebih meluluhkan hati aku cuma aku tak sangka ada juga 'kawan2' yang lain 'membatu apikan' keadaan yang dah sedia ada. Sepatutnya jadi kawan-kawan..itulah masanya kita nak menyabarkan dan meneutralkan keadaan..ini dah jadi sebaliknya..........................


Sori, ada iklan sekejap, baru tadi dapat bercakap dengan rakan sekerja yang amat memahami situasi aku, dan daripada dia juga banyak info berguna yang boleh aku jadikan panduan untuk aku guna pada tahun ini.


Lesson No. 1 - Seboleh-bolehnya janganlah lagi sibok-sibok nak pegi makan dengan sesiapa di ofis ni melainkan kalau diorang yang ajak. Kalau terasa nak kirim makanan, elok lupakan saja niat suci itu sebab, orang akan reluctant untuk menolong..walaupun..kalau aku yang pegi, selalunya aku akan tolong bungkuskan kalau orang minta aku tolong...selain dari itu, jangan gatal-gatal nak memujuk rayu orang untuk pergi makan tengahari sebab orang tak suka...kalau nak ke mana-mana, pergilah sendiri.


Cerita bahawa aku mementingkan diri sendiri telah selamat sampai ke pengetahuan umum yang mana, kalau aku nak minta tolong, aku seboleh-bolehnya merayu, tapi bila orang minta tolong pada aku, aku seboleh-bolehnya hesitate nak tolongg....ooohh...itu ke sifat 'terpuji' yang selalu aku buat???...ini menurut kata orang HR laa..tapi tak berani la aku nak tuding jari siapa...masalahnya...aku tak buat...just imagine how people can be so twisted dan tend to twist a situation into another situation. The case was, aku tumpang kereta hamba Allah ni, jadi pada hari tersebut, mengikut katanya, aku dah confirm nak tumpang dia, tapi last minute aku balik awal tanpa beritahu Hamba Allah ni, yang mana dia dah separuh jalan keluar dari ofis dan terpaksa berpatah balik kerana mengenangkan hendak ambik aku....Wallahi, sesungguhnya aku memang betul-betul terlupa waktu itu yang aku tak maklumkan pada beliau yang aku terpaksa balik awal. Aku dahpun mintak maaf atas apa yang terjadi...tapi...yelah...Sorry tu NO CURE..bak kata orang putih...jadi disebabkan kesalahan itu, terpaksalah aku menanggung kesakitan telinga, kesengsaraan batin...demi untuk menyedapkan hati orang-orang di sekeliling aku. Aku faham kita manusia ni, perlukan kawan-kawan tapi, kalau kawan-kawan itu sendiri treat kita baik sikit dari sampah...camana ek??


Mungkin betul la cakap-cakap kebanyakan orang, kalau orang tu kaya, berharta dia akan dipandang sangat tinggi oleh masyarakat sekeliling....tapi bagi orang yang macam aku ni,..yang takde apa-apa, miskin harta, rumahpon laki punya, kereta?...laki punya jugak..jadi sapa yang nak pandang?..dah lah dicap 'RIMAU', pompuan lebih sudu dari kuah...mana letaknya harga diri dan maruah aku sebenarnya?...takpelah...mulai saat ini, belajarlah perbaiki diri. Bukalah minda supaya aku dapat anggap dan ambil ini semua sebagai sesuatu yang positif dalam melalui hari-hari yang akan datang ni dengan lebih baik. Allah itu maha kaya,...dia sahaja yang faham tentang umatnya. Banyak cara/implementasi yang aku buat salah...tapi...siapa yang nak tunjuk pada aku yang cara aku buat salah??..ada??...kenapa mesti nak cakap belakang-belakang?..walhal aku tak pernah marah kalau orang nak tegur aku cara baik. Aku bukan selalunya 'RIMAU' yang mengaum tak tentu hala. Dan aku jugak punya hati dan perasaan, aku jugak tau apa itu rasa kecil hati, rasa sakit, rasa nak menangis...sebab..aku manusia. Kalau adalah dilorongkan tuhan untuk aku pergi dan balik kerja tanpa meminta pertolongan orang, itulah satu lorong yang aku akan ikut.


Sekarangni hati aku tak tenang dan jiwa aku tersangat kacau bilau dengan apa yang berlaku. Aku cuma boleh berdoa pada Allah Yang Maha Esa supaya diberikan kekuatan, iman dan taqwa supaya aku boleh hidup dengan tenang pada esok hari.

No comments: