Wednesday, June 02, 2010

JANUARI 2010

Salam Tahun Baru kepada semua pengunjung blog..(kalau ada laa kott)..agar semua visi, misi suci, inspirasi dan azam tahun lepas berjaya dilaksanakan,,kalau tak sepenuhnya pon, kalau dapat separuh daripadanya terlaksana pun itu aku kira dah memadai...daripada tak berjaya langsung!

Bagi aku, semuanya masih sama, azam yang sama dan visi dan misi suci yang sama kerana belum berkesempatan untuk menjayakan dengan sepenuh dan seikhlas hati lagi. Tahun ni merupakan tahun yang agak sulit jugalah pada kami sekeluarga sebab anak aku yang sulung baru je mencecah Tahun 1, jadi banyaklah faktor kewangan yang perlu ditanggung oleh kami berdua sebagai ibu-bapa. Mira pulak (2nd daughter) dah masuk sekolah Taska KEMAS..aku harap segala-galanya berjalan dengan baik, maksud aku dari segi pembelajaran dia. Bukan apa,,dia ni ada sedikit 'tak berapa rajin' berbanding dengan 'Kakak'...(kalau boleh tak nak sebut perkataan mim alif lam sin tu!!)

Sehari selepas Chinese New Year (2 Jan,Ahad), aku ke perjumpaan Majlis Suaikenal Sekolah Kakak iaitu SK Jln U3, Subang Perdana..waktu tu laa baru aku rasa betapa penatnya menjadi anak-anak sekolah..hehehe..mana taknye..pagi-pagi dah kena mendaftar nama anak, lepastu anak-anak beratur untuk diberi taklimat ringkas oleh guru-guru. Ibu-bapa pulak di dewan untuk dengar taklimat berasingan dengan Guru Besar Sekolah. Hubby pulak tengah beratur untuk beli buku dan alatan sekolah yang lain. Nasib baiklah pergi berdua..Alhamdulillah segala urusan akhirnya selesai juga, cuma Lencana saja yang tak dapat beli sebab dah habis stok. Satu saja komen yang aku perlu...eh tak..aku rasa 'wajib' aku tegur ialah mengenai kedai buku sekolah. Dah tahu hari tersebut akan menjadi sibuk, lain kali bukalah kedai buku awal pagi seawal 7.30 pagi, jadi senang ibu-bapa uruskan pembelian buku lebih awal...ini dah dekat jam 9.30 pagi baru nak bukak..kaunter jualan dah le bukak dua sahaja dengan que oleh mak-bapak yang maha panjang, yang paling tak bestnya si tukang jualnya, muka macam singa nak marahkan orang kenapa datang harini baru nak beli macam-macam.

Utuk makluman...anak aku baru sahaja berada di Tahun 1, jadi mana laa aku tau bila kedai buku bukak...setiap hari lepas balik kerja without fail..mesti lalu depan sekolah, tapi tak ada pon..banner ke, poster ke atau pemberitahuan kata kedai buku bukak waktu cuti sekolah..jadi kenapa kami yang harus dipersalahkan??..dah laa gitu, nak telefon jauh laa sekali, setiap kali pergi sekolah tanya no telefon, sekolah cakap kementerian belum provide telefon...jadi itu salah kami ke sebagai ibu-bapa yang baru nak menghantar anak ke sekolah??...Karang kalau aku tengking dia karang...macam aku laa pulak yang jadi 'Singa' kan..tapi takpe laa. Perkara dah berlaku, aku maafkan je laa perbuatan dia tu. Dia tak pikir yang dia marah-marah ni customer dia. Kalau kitaorang haritu boikot tak beli buku kat situ, sapa yang rugi...kedai buku tu jugak!!

Yang si Angah pulak (Mira) majlis suai kenal sekolahnya jatuh pada hari Ahad (3 Jan 2010) tapi this so called 'sekolah makan' ni tak de la apa yang nak difikirkan sangat sebab kelasnya terhad kepada satu kelas sahaja. So, senang la sikit. Apa-apa kita boleh terus rujuk kepada guru dia. Soal uniform sekolah, buku-buku, yuran, mesyuarat tahunan, J/Kuasa baru sekolah tu semua dibincang sekali. By the time sampai rumah..dah petang la juga..tapi sepertimana kakak, urusan angah pon selesai dengan baik.

Bulan ni, aku dah start main Petanq balik dengan En.Din. Ni semua nak memenuhi masa lapang petang-petang sebelum hubby sampai..jadi masa aku tak laa terbuang begitu saja.

No comments: